Previu MSL 2017: Melaka United Musim 2017 Adalah Musim Besar Bumi Hang Tuah

Melaka United musim 2017 pastinya bersedia dengan musim besar pada tahun ini. Ini adalah kali kedua mereka beraksi dalam Liga Super sejak musim 2006/2007.

Kali terakhir mereka menang liga tertinggi di peringkat domestik adalah 1983.

Persiapan

Merka bermula dengan langkah drastik untuk menyiapkan pasukan Melaka United musim 2017. Ianya bermula dengan menukar Mat Zan Mat Aris dengan Eric Williams.

Mereka membawa masuk hampir 70% muka baru ke dalam skuad. Melaka United bukan menambah pemain ke dalam pasukan utama sebaliknya mereka lebih kepada membentuk pasukan utama yang baru.

Antara nama yang menarik perhatian adalah Amri Yahyah. Pemain yang menjadikan umur hanya sebagai angka di dalam kad pengenalan beliau. Amri Yahyah mungkin akan merasai lebih banyak aksi dalam pasukan utama Melaka United musim 2017.

Mereka juga mengekalkan Illjo Spasojevic dan membawa 3 pemain import baru termasuk bekas graduan akademi Liverpool, Godwin Antwi.

Baca juga: Godwin Antwi (Melaka United): Hulubalang Melaka Dari Akademi Liverpool

Pemain-pemain seperti Khair Jones, R. Surendran, Khuzaimie Piee dan Fauzi Roslan antara nama yang boleh menjadikan musim 2017 sebagai musim untuk mereka menguatkan nama di arena bola sepak negara kita.

Cabaran

Cabaran utama adalah membentuk pasukan. Ini kerana mereka membentuk pasukan baru dengan jurulatih baru. 2 bulan persediaan bukanlah tempoh yang cukup.

Mereka menggunakan set baru di semua bahagian walaupun ada pemain lama, namun gandingan mereka tetap ramai pemain baru.

Agak terlalu tinggi untuk memberikan mereka harapan mencabar kejuaraan bermula dari awal musim. Ini akan mewujudkan tekanan kepada pasukan.

Penyokong harus realistik. Pasukan ini ada aspek teknikal yang sangat baik namun bola sepak adalah permainan berpasukan.

Untuk mencabar kejuaraan Liga, ia memerlukan konsistensi dan permulaan yang baik. Jadi, untuk melihat dan meletakkan harapan di mana mereka pada akhir musim.

Keupayaan untuk membentuk pasukan yang mantap dalam tempoh 2 bulan pertama liga adalah timeline yang relevan untuk Melaka United.

Aspirasi 2017

Ramai meletakkan mereka sebagai pencabar kejuaraan utama domestik pada musim 2017, musim yang kami anggap musim paling besar dalam sejarah bola sepak Melaka.

Musim lalu mereka menikmati suasana indah setiap minggu. Namun ia adalah cabaran yang berbeza pada musim ini. Liga Super adalah pentas yang berbeza untuk Melaka United musim 2017.

Pembentukan pasukan utama adalah isu yang paling utama untuk Melaka United. Mereka memiliki 2 pemain import yang boleh dikatakan sudah memahami kehendak Liga Malaysia iaitu Illija Spasojevic dan Godwin Antwi.

Illija Spasojevic

1 lagi pemain import baru mereka adalah Omid Nazari. Beliau perlu cepat untuk beradaptasi ke dalam liga Malaysia.

Menuju musim 2017

Kami mengharapkan semua pihak dalam pasukan Melaka United musim 2017 dapat membentuk pasukan yang kuat dari segi persefahaman dan juga permainan di dalam padang. Ia musim besar untuk Melaka United.

Melaka United juga memiliki visual penyokong yang luar biasa musim lalu. Siapa boleh lupa dengan viking clap mereka.

Jadi, perkara ini harus dikekalkan untuk memastikan pasukan mereka sentiasa disokong walaupun ketika sukar. Penyokong harus realistik dan jangan terlalu terbawa-bawa dengan kejayaan musim lalu.

Selamat berjuang Melaka United!

[adrotate group=”6″]

Baca juga: 5 Sebab Kenapa Melaka United Berhak Menjadi Juara Liga Perdana 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN