Quantcast

BERITA

Virus Influenza ‘Serang’ Kem Pasukan JDT, 10 Pemain Skuad Utama Diuji Positif

Masih belum selesai isu pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, kali ini Johor terus menerima dugaan selepas skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) pula diserang virus Influenza.

Berita mengejutkan itu disahkan oleh Pengarah Teknikal, Alistair Edwards dalam satu kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers, sebentar tadi.

Menurut laporan tersebut, Alistair menjelaskan bahawa 10 orang pemain skuad utama JDT, empat pemain JDT II, tiga orang dari JDT III dan beberapa orang jurulatih serta kakitangan telah diuji positif virus tersebut.

Sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan agar virus itu tidak terus memburukkan keadaan, pihak JDT telah mengambil inisiatif pantas dengan menghantar kesemua pemain serta jurulatih dan barisan pengurusan membuat pemeriksaan kesihatan.

Dalam pada itu, proses sanitasi juga telah telah dilakukan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam bagi memastika kawasan persekitaran tersebut selamat.

Kami di Semuanya BOLA mengharapkan kesulitan yang dihadapi JDT tidak memudaratkan dan semoga cepat sembuh buat semua yang dijangkiti virus tersebut.

Kredit foto: JST