Quantcast

BERITA

UEFA Bidas Laporan Palsu Media Argentina Bahawa Albiceleste Dijemput Sertai UNL

UEFA telah menafikan dakwaan – yang mereka anggap mengejutkan – melaporkan
bahawa UEFA telah menjemput Argentina untuk menyertai Liga Negara-Negara Eropah (UNL).

Penganjuran UNL yang sulung berjaya berjalan dengan jayanya. Juara sulung adalah Portugal yang menewaskan Belanda.

Sebuah stesen penyiaran di Argentina telah melaporkan bahawa pasukan Albiceleste telah ditawarkan tempat di dalam kejohanan UNL Dan mungkin FA Argentina akan mempertimbangkan untuk menyertainya.

Ini kerana, menurut laporan tersebut lagi; Argentina sangat kecewa dan telah mengancam untuk keluar daripada Copa America selepas kecewa dengan penganjuran Brazil 2019.

Argentina menerusi kapten dan juga jurulatihnya – Messi dan Scaloni – sangat lantang mengkritik pengajuran Copa America dan juga pengadilan.

Messi menganggap Copa America kali ini adalah korupsi dan penuh konspirasi untuk membantu Brazil menjadi juara.

Messi melakukan protes dengan memboikot upacara penyampaian pingat tempat ke-3 kerana beliau tidak mahu bersubahat dengan korupsi, kata Messi kepada media

Lantaran kekecewaan itu Argentina dikatakan mahu keluar dari Copa America dan dikatakan mahu menyertai UNL.

Walaubagaimanapun, badan tertinggi bola sepak Eropah, UEFA berkata dalam satu kenyataan: “Tidak ada asas kebenaran langsung dalam cadangan bahawa Argentina dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan UEFA, ataupun menjadi ahli UEFA.”

“UEFA tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan mengenai perkara ini dan tidak akan melakukannya.”

“Namun begitu, atas semangat persahabatan sebagai organisasi yang inklusif, UEFA tentu saja akan menjemput Argentina sebagai tetamu istimewa untuk menonton pertandingan UEFA pada bila-bila masa.”