Pemain tonggak Liverpool, Virgil van Dijk mahu pencapaiannya berada di tempat kedua Ballon d’Or 2019 menjadi motivasi buat barisan pemain pertahanan muda.
Sudah menjadi lumrah dalam bola sepak, pemain penyerang akan sentiasa mendapat perhatian tetapi apa yang telah dikecapi van Dijk membuktikan bahawa pemain pertahanan juga mampu ‘menakluk dunia’.
Prestasi menarik dipamerkan pemain kelahiran Breda, Belanda tersebut pada musim 2018/19 telah meletakkannya sebaris dengan Lionel Messi yang memenangi gelaran Ballon d’Or buat kali keenam sekaligus mengatasi Cristiano Ronaldo [tempat ketiga].
”Pertamanya, saya berasa sangat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi sepanjang karier saya, apa yang telah dilakukan pada ketika ini.”
The Reds have arrived at the #ballondor ?@VirgilvDijk x @Alissonbecker ? #BallonDor2019 pic.twitter.com/TGV8sPThBt
— Liverpool FC (@LFC) December 2, 2019
”Saya sangat berbangga dengan keluarga, isteri dan anak-anak saya yang sentiasa memberikan sokongan terhadap karier saya.”
”Untuk berada di sini, mendapat tempat kedua dalam Ballon d’Or adalah sesuatu yang menakjubkan.”
”Untuk sebaris dan bersaing dengan nama-nama [besar] ini, kebanyakkannya mereka adalah penyerang, ia sangat istimewa bagi seorang pertahanan.”
”Saya fikir ini seharusnya menjadi motivasi buat pemain kebanyakannya pemain pertahanan muda untuk mengetahui bahawa ramai orang yang menghargai kerja yang kami [pertahanan] lakukan.”
Kredit foto: A.Mounic / L’Equipe