Ejen pemain bola sepak terkenal di Itali, Vincenzo Morabito beranggapan minat yang cukup mendalam ditunjukkan pengendali Chelsea, Frank Lampard untuk mendapatkan khidmat Dries Mertens akan membawa pemain jentera serangan itu ke London.
Meskipun Mertens dikatakan masih mahu kekal di Naples, Morabito melihat usaha yang telah dilakukan oleh pengurus berusia 41 tahun itu bakal membuahkan hasilnya.
Menguatkan lagi kebenaran kenyataan dikeluarkan Morabito, laporan sebelum ini juga telah memetik bahawa Frank Lampard begitu serius dalam memburu khidmat Dries Mertens bagi memantapkan bahagian serangan Chelsea yang sebelum ini diketuai Tammy Abraham, Michy Batshuayi dan Olivier Giroud.
”Mertens pada awalnya mengatakan bahawa dia mahu kekal di Napoli, tetapi kemudiannya peguam beliau menawarkan dirinya ke beberapa kelab antarabangsa, bermakna sesuatu akan berubah di antara pemain ini dan Azzurri [merujuk Napoli].”
”Saya mengetahui perkara ini kerana saya telah menguasahakan isu melibatkan Olivier Giroud apabila dia mahu meninggalkan Chelsea pada Januari lalu, dengan kontrak lumayan melibatkan Mertens,” ujar Morabito menurut laporan Goal.
”Chelsea telah melanjutkan kontrak Giroud sebagai langkah berjaga-jaga, tetapi mereka sangat berminat dengan Mertens dan Lampard menghubunginya hampir setiap hari.”
”Saya melihat Mertens akan berhijrah ke Chelsea,” ujar Vincenzo Morabito lagi.
Dries Mertens menyertai SS Napoli selepas berhijrah dari PSV Eindhoven pada musim 2013/14 telah berjaya menjaringkan 121 gol dalam 309 penampilannya bagi semua pertandingan yang disertai kelab Serie A itu.
121 – Dries Mertens’ opener against Barcelona was his 121st goal for Napoli in all competitions, moving him level with Marek Hamsik as the joint-top scorer in the club’s history. Landmark. pic.twitter.com/lYwcYoSful
— OptaPaolo (@OptaPaolo) February 25, 2020
Pada penghujung Februari lalu, gol pembukaan pada minit ke-30 ketika bertemu Barcelona di perlawanan pertama peringkat 16 Liga Juara-Juara Eropah telah menyamai jumlah jaringan dihasilkan oleh Marek Hamsik yang sekaligus berkongsi rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman buat SS Napoli dengan 121 gol.
Kredit foto: Alessandro Sabattini/Getty Images