VIDEO: Lihat Dries Mertens Bersahaja Melakukan Gol Dalam Latihan Sepakan Percuma

Napoli

Sepakan percuma dari luar kotak penalti memerlukan pemain untuk mengaplikasikan teknik yang betul untuk mendapatkan hasil terbaik terutama sekali gol.

Dalam satu muat naik pemain sensasi Napoli – Dries Mertens – beliau menunjukkan cara beliau melakukan sepakan percuma dengan lencongan ke kiri penjaga gol. Mertens melakukannya dalam sesi latihan pasukan.

Mertens kelihatan sangat bersahaja dan teknik beliau sangat baik. Selepas sepakan dilepaskan beliau kelihatan tahu bola itu masuk sebelum ianya menerjah gawang.

Latihan itu adalah sebahagian daripada persiapan oleh Mertens dan Napoli yang akan berhadapan dengan Empoli pada hari ini – dalam saingan Serie A. Napoli kini berkongsi mata dengan Inter Milan – 22 mata – 6 mata di belakang pendahulu Juventus.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti ini mahu terus bersaing dalam Serie A.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN