Vincent Tan & Will Ferrell Antara Pemilik Bersama Pasukan Terbaru MLS, Los Angeles FC

Billionaire hartanah kelahiran Batu Pahat, Vincent Tan dan pelakon Hollywood, Will Ferrell adalah antara 26 pemilik bersama kelab terbaru Major League Soccer (MLS), Los Angeles FC.

Los Angeles FC akan mula bertanding dalam MLS pada 2018, menggantikan Chivas USA. Ketika ini, mereka sedang menyiapkan stadium berkapasiti 22,000 orang sebagai persiapan menghadapi musim 2018.

Will Ferrell mengesahkan penglibatannya dalam pasukan tersebut selepas diperkenalkan dalam majlis perasmian logo kelab semalam.

lafc

Menurut pelakon utama filem Anchorman ini:

“Ini bukannya lawak. Saya memang betul-betul salah satu pemilik bersama pasukan ini.”

“Saya tak pernah menjadi pemilik bersama di mana-mana. Tapi saya masih lagi salah seorang pemilik bersama kereta Toyota Camry 1984 dengan abang saya.”

Selain Vincent Tan dan Will Ferrell, turut menjadi pemilik bersama Los Angeles FC adalah lagenda NBA Magic Johnson, lagenda bola sepak wanita Amerika Syarikat, Mia Hamm dan pengarah QPR Ruben Ganalingam.

Will Ferrell tidak asing dengan bola sepak. Beliau secara terbuka memberitahu media beliau menyokong Chelsea dan pernah terlibat dalam perlawanan amal selebriti dunia di Old Trafford pada 2012.

Vincent Tan pula terkenal sebagai pemilik Cardiff City yang menukar warna tradisi biru kelab kepada warna merah dan maskot kelab dari bluebird kepada naga sehingga mengundang kemarahan penyokong kelab dari Wales itu.

Cardiff-City-FC-fans-prot-008

Bagaimanapun, beliau kembali menukar warna tradisi kelab kepada biru semula selepas ditegur oleh ibunya.

Selain Los Angeles FC dan Cardiff City, Vincent Tan turut mempunyai saham pemilikan di kelab Bosnia, FK Sarajevo dan kelab Belgium, KV Kortrijk.

Baca juga: Vincent Tan Akhirnya Menukar Warna Rasmi Cardiff City. Hanya Setelah Disuruh Ibunya.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN