Quantcast

BERITA

Barcelona Pasukan Terbaik Di Dunia 2015, Ranking JDT Lebih Tinggi Daripada Southampton

FC Barcelona muncul sebagai pasukan terbaik di dunia, manakala 2 kelab Itali mengungguli tempat kedua dan ketiga terbaik dalam ranking pasukan terbaik dunia 2015 yang dikeluarkan oleh International Federation of Football History and Statistics (IFFHS).

Sejak tahun 1991 lagi, IFFHS sudah menyediakan ranking kelab bola sepak terbaik di dunia. AS Roma adalah pemenang pertama anugerah ini pada 1991.

Bagaimana ranking ini dikira?

Mata setiap pasukan dikira berdasarkan jumlah kemenangan dan seri dalam liga dan kejohanan benua/antarabangsa yang disertai. Setiap kejohanan dan liga menyumbang mata yang berlainan, bergantung kepada tahap kesukaran.

Contohnya, satu kemenangan dalam UEFA Champions League membawa 14 mata. Manakala satu kemenangan dalam AFC Cup hanya membawa 7 mata.

Satu kemenangan dalam liga tahap 4 (tahap paling sukar) seperti dalam liga Sepanyol, Itali atau Jerman membawa 4 mata. Satu kemenangan dalam liga tahap 1 (tahap paling rendah) seperti dalam liga Kazakhstan pula hanya membawa 1 mata.

Penjelasan lanjut tentang bagaimana ranking ini dikira boleh dirujuk di sini.

Kelab Itali, Jerman dan Sepanyol dominasi top 10 Eropah

Dengan memenangi UEFA Champions League, Spanish Primera Division dan FIFA Club World Cup, Barcelona muncul pasukan terbaik di dunia dengan 379 mata.



Penyandang gelaran tersebut pada 2014, Real Madrid jatuh ke tangga ke-6 dengan hanya 241 mata. Finalis UEFA Champions League lepas, Juventus pula menduduki tangga ke-2, jauh ditinggalkan Barcelona dengan 286 mata.

Di tempat ke-3 adalah Napoli yang menjuarai Supercoppa Italiana, menduduki tangga ke-5 Serie A, layak ke separuh akhir Coppa Italia dan UEFA Europa League. Ini menyebabkan Bayern Munich terpaksa berpuas hati di tempat ke-4.

Terdapat 2 pasukan luar Eropah yang masuk dalam senarai top 10 terbaik di dunia. Kelab Colombia, Independiente Santa Fe yang memenangi Copa Sudamericana menduduki tangga ke-7 dunia.



Pemenang Copa Libertadores dan finalis FIFA Club World Cup, River Plate dari Argentina pula di tempat ke-9.

Buriram United dalam top 10 Asia, JDT di atas Southampton

Sementara itu di peringkat Asia, finalis AFC Champions League 2015 dari UAE, Al Ahli menduduki ranking pertama dengan 166 mata. Di peringkat dunia, Al Ahli menduduki tangga ke-48.

Kelab Arab Saudi, Al Hilal yang tewas kepada Al Ahli pada peringkat separuh akhir AFC Champions League 2015 muncul pasukan di tangga ke-2 terbaik di Asia. Manakala juara AFC Champions League 2015 hanya sekadar di tempat ke-3 terbaik di Asia.

Paling menarik adalah peningkatan yang ditunjukkan oleh 2 kelab dari Asia Tenggara, iaitu Buriram United dan Johor Darul Takzim (JDT) sepanjang 2015.

Pada tahun 2014, Buriram United sekadar di tangga ke-242 dunia. Tetapi pada tahun 2015, Buriram naik 105 anak tangga ke kedudukan ke-137 dunia. Kini Buriram adalah pasukan ke-10 terbaik di Asia.



Ranking JDT juga mempamerkan peningkatan memberangsangkan.

Daripada tak tersenarai pun dalam 500 pasukan terbaik di dunia pada 2014, JDT kini merupakan pasukan ke-152 terbaik di dunia, lebih tinggi berbanding Southampton dan AC Milan.

(Sumber: Nizam rahman / asiana.my)

(Sumber: Nizam rahman / asiana.my)

Ini bermakna, JDT adalah pasukan ke-11 terbaik di Asia pada 2015, di belakang Buriram.

Kejayaan yang dipamerkan oleh JDT dan Buriram United ini menunjukkan kelab-kelab bola sepak Asia Tenggara mampu bersaing di peringkat dunia jika diurus secara profesional dan cekap.

Ranking kelab seluruh dunia untuk tahun 2015 oleh IFFHS (1st January 2015 – 31st December 2015)

[table]
Ranking,Kelab,Negara,Jumlah mata
1,FC Barcelona,Sepanyol,379
2,Juventus,Itali,286
3,Napoli,Itali,268
4,Bayern Munich,Jerman,263
5,Paris Saint-Germain,Perancis,257
6,Real Madrid,Sepanyol,241
7,Independiente Santa Fe,Colombia,240
8,Fiorentina,Itali,236
9,River Plate,Argentina,234.5
10,VfL Wolfsburg,Jerman,232
11,Borussia Dortmund,Jerman,228
12,Sevilla FC,Sepanyol,226
13,Boca Juniors,Argentina,220
14,Arsenal,England,216
23,Atletico Madrid,Sepanyol,206
40,Manchester United,England,174
41,Ajax Amsterdam,Belanda,173.5
42,Liverpool,England,172
48,Al Ahli,UAE,166
49,Chelsea,England,165
56,Manchester City,England,160
137,Buriram United,Thailand,110.5
152,Johor Darul Takzim,Malaysia,105.5
153,Southampton,England,104
153,AC Milan,Itali,104
[/table]

Top 10 Asia

[table]
Ranking dunia,Kelab,Negara,Jumlah mata
48,Al Ahli FC,UAE,166
60,Al Hilal,Arab Saudi,156
73,Guangzhou Evergrande FC,China,143
81,FC Seoul,Korea Selatan,140
99,Jeonbuk Hyundai Motors FC,Korea Selatan,130.5
102,Gamba Osaka,Jepun,127.5
110,Al Ahli SC,Arab Saudi,120.5
121,Suwon Samsung Bluewings FC,Korea Selatan,117
128,Seongnam Ilhwa Chunma,Korea Selatan,116
137,Buriram United,Thailand,110.5
[/table]

Baca juga: Liga Sepanyol Kekal Liga Terkuat Di Dunia 2015, EPL Jatuh Ke Tangga Ketujuh

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!