Vincent Tan Akhirnya Menukar Warna Rasmi Cardiff City. Hanya Setelah Disuruh Ibunya.

Photograph: Nick Potts/PA Archive/Press Association Ima
Photograph: Nick Potts/PA Archive/Press Association Ima

Vincent Tan mendedahkan ibunya telah menyuruhnya menerima permintaan penyokong kelab Cardiff City yang mahukan warna rasmi kelab dikembalikan kepada warna biru.

Pada hari yang penuh dengan drama – sesuatu yang luar biasa bagi komuniti Cardiff yang bukanlah melodramatik orangnya – pemilik kelab yang berasal dari Malaysia ini melakukan kejutan apabila mengalah dengan tuntutan majoriti penyokong Cardiff City.

Vincent Tan dikatakan mengalah untuk mengikuti nasihat ibunya yang berusia 87 tahun. Beliau memanggil wakil kelab rasmi penyokong, ahli politik dan ahli perniagaan tempatan dalam satu perjumpaan bersama ahli lembaga pengarah kelab pada Khamis lepas. Walaupun beliau sendiri tidak menghadiri perjumpaan tersebut, Tan bersetuju dengan cadangan pengerusi kelab Mehmet Dalman dan ketua eksekutifnya Ken Choo supaya bukan sahaja menukar warna kelab malah mereka logo kelab supaya ia menampilkan bluebird, bukannya naga sebagai identiti utama kelab itu.

Photograph: Michael Steele/Getty Images
Photograph: Michael Steele/Getty Images

Jawatankuasa Football League bersetuju dengan permintaan Cardiff untuk bermain dengan jersi biru apabila mereka turun menentang Fulham di halaman sendiri pada perlawanan liga Sabtu ini (hari ini) dengan jersi berwarna merah digunakan sebagai away kit.

Tan berkata dalam satu kenyataan rasmi kelab:

“The Christmas and New Year period has given me time to reflect on the events of the last year. Spending time with my family had a profound effect upon me. My mother, Madam Low Siew Beng, a devout Buddhist, who attended Cardiff City Football Club to watch them play, spoke to me on the importance of togetherness, unity and happiness.

“Cardiff City Football Club is important to me and I wish to see it united and happy. With the guidance and influence of my mother, I asked my chairman, Mehmet Dalman and Chief Executive Officer, Ken Choo for their advice and to consult with a good cross-section of the fan base.

“This meeting took place last night, when some 70 representatives of our supporters were present. I am informed that this was a very productive and frank exchange of views, but all with the same objective to strengthen our club.

“These views were also added to by a large number of emails that were sent to the club over the last 24 hours from our wider supporter base. To paraphrase John F. Kennedy, ‘Let us never compromise out of fear. But let us never fear to compromise’.”

Wakil kelab rasmi penyokong Cardiff City juga mengajukan soalan bilakah Tan akan menunaikan janjinya untuk menukar hutang £180 juta kepada ekuiti. Tan menjelaskan proses tersebut akan berlaku tetapi ianya bukan kerja yang mudah dan straightforward.

Berita ini pastinya satu berita gembira untuk penyokong Cardiff City yang sudah menderita bertahun-tahun lamanya sehingga menjadi bahan ketawa bola sepak British, disebabkan perangai Vincent Tan yang pelik. Malky Mackay membawa kelab ke Premier League buat kali pertama, tetapi dipecat kerana menghantar mesej ‘racist and sexist‘ kepada seorang stafnya.

Ole Gunnar Solksjaer gagal menyelamatkan Cardiff daripada penyingkiran di akhir liga dan penyokong Cardiff City menunjukkan rasa tidak puas hati mereka kepada Tan dengan mengadakan pertandingan ‘chanting’ mengutuk Vincent Tan dan memboikot kemenangan FA Cup mereka ke atas Colchester lapan hari yang lepas. Jumlah kedatangan ke stadium biasanya mencecah sehingga 20,000 orang tetapi  hanya 4,000 orang datang ke stadium lapan hari lepas.

Russell Slade, pengurus Cardiff ketika ini tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya dengan keputusan Tan. Sejak tiba di Selatan Wales pada September untuk menggantikan Solksjaer, Slade tersepit dalam perbalahan antara penyokong dan bosnya. Jualan tiket musim jatuh mendadak dan mood negatif yang menyelubungi kelab ketika ini tidak membantu prestasi pasukan yang kini terperosok di tanggan ke-12 liga Championship, tanpa kemenangan dalam 7 perlawanan liga.

“It was an excellent meeting people said what they thought in an intelligent and eloquent way. It was in a passionate way too,” said Slade.

“It was a giant step forward for the club.“If we can play against Fulham in blue I suspect it will be the best atmosphere at a game since I’ve been here and probably some of the players have felt for a long time.

“For me it is the right decision because if you are going to successful in any company or football club you need everyone pulling together as a unit. Only that way can you sustain success. You need unity that’s always been my take. We are looking for momentum and there’s no doubt that could give us it. It could lift a little weight off our shoulders.”

Kami menjangkakan nama ibu Vincent Tan bakal dinyanyikan oleh penyokong Cardiff City, sesuatu yang jarang dilakukan oleh mereka sejak dua musim yang lepas.

Keputusan Vincent Tan untuk mengabaikan sejarah dan tradisi kelab Cardiff City bukan sahaja memburukkan reputasi dirinya sendiri, malah memburukkan reputasi negara kita sendiri.

Kami masih ingat detik ketika kami membaca sebuah artikel di Guardian yang mendedahkan Vincent Tan mungkin dicaci di Wales, tetapi Tan disanjung di Malaysia. Malunya kami kepada Vincent Tan tidak dapat dibendung lagi.

f-p

 

Kami malu individu seperti Tan disanjung-sanjung di Malaysia. Kami merasakan duta Cardiff City di Malaysia – Fizo Omar, Fizz Fairuz, Iqram Dinzly dan Fahrin Ahmad – hanya fikirkan duit tajaan yang mereka bakal terima dan tidak tahu pun apa yang Vincent Tan sudah lakukan kepada kelab Selatan Wales ini.

Tan sri vincent

Tambah memalukan, gambar Tan yang dikatakan seperti orang jahat di filem James Bond (kerana Tan suka memakai sarung tangan kulit berwarna hitam dan bermisai) dengan nama ‘Malaysia’ di bajunya.

Mujurlah orang Malaysia patuh mendengar cakap orang tua.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN