Vietnam Sasar Layak Ke Saingan Piala Dunia 2026

Bola sepak Vietnam jelas mahu melangkah jauh ke depan dengan tidak hanya menyasarkan sekitar Asia Tenggara lagi tetapi cuba untuk melonjak lebih jauh pada masa akan datang.

Terbaharu, Pengarah Teknikal Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) iaitu Takeshi Koshida mahu negara tersebut mara ke saingan Piala Dunia 2026 sebagai sasaran tertinggi diletakkannya.

Untuk rekod, Koshida merupakan pengarah teknikal baharu untuk Vietnam dan secara rasminya dilantik pada 1 Mei lalu untuk memperkukuhkan lagi struktur bola sepak di negara tersebut pada masa akan datang.

Membawa Vietnam melonjak jauh sehingga ke saingan Piala Dunia merupakan sasaran yang diletakkan oleh Koshida sebaik sahaja beliau sah dilantik sebagai pengarah teknikal.

“Saya sangat bangga dan rasa terhormat setelah dilantik sebagai pengarah teknikal untuk VFF. Sudah tentu saya sangat gembira dan bersyukur setelah menerima tugasan ini.

“Vietnam mempunyai latar belakang bola sepak yang sangat berkembang kini, terutama dengan membabitkan bakat-bakat muda yang berkualiti.

“Saya berharap supaya boleh membantu dengan lebih banyak pada masa hadapan untuk membantu Vietnam layak ke saingan Piala Dunia 2026 atau edisi 2030,” ulas Koshida menerusi CNN Indonesia.

Rekod Koshida sebagai pemain bola sepak juga bukan calang-calang, selepas beliau pernah mewakili Jepun daripada tahun 1980 hingga 1985 sebanyak 19 penampilan.

Selaku pemain, Koshida merupakan seorang pertahanan yang sangat kental dan mempunyai ciri permainan yang keras dalam pertarungan fizikal di pentas antarabangsa.

Sebelum menyertai Vietnam dalam dunia pengurusan, Koshida pernah menjadi pengarah teknikal untuk salah satu kelab di Jepun untuk saingan divisyen dua (J2 League) iaitu Zweigen Kanazawa.

Pada masa sama, Koshida juga mahu sistem latihan di Vietnam menjadi lebih sistematik supaya mereka mampu untuk sekurangnya mencabar di pentas Asia.

Malah, beliau juga senang dengan kehadiran jurulatih utama Vietnam iaitu Philippe Troussier selepas mereka bersua muka pada hari awal Koshida dilantik secara rasmi bersama pasukan tersebut.

Pelantikan Koshida bersama Vietnam kini menjadi bukti kerjasama antar VFF bersama Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) dengan beliau merupakan individu yang dicadangkan untuk menyertai negara tersebut pada tahun ini.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN