Sukan SEA: Vietnam Dianggap Tak Layak Sebagai Calon Pilihan Juara Tahun 2023

Salah satu pasukan pilihan acara bola sepak Sukan SEA 2023 iaitu Vietnam bawah 22 (B-22) dianggap sebagai bukan calon pilihan untuk mempertahankan kejuaraan pada tahun ini atas beberap sebab.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri menerusi pemerhati bola sepak Vietnam iaitu BLV Quang Tung, selepas beliau melihat sendiri aksi sulung pasukan tersebut ketika menewaskan Laos yang dianggap serba tidak menyakinkan di segenap posisi.

Vietnam B-22 memulakan kempen saingan bola sepak dalam Sukan SEA dengan langkah kanan, selepas pasukan tersebut berjaya menewaskan Laos menerusi keputusan penuh 2-0 bagi peringkat Kumpulan B.

Walaupun begitu, sepanjang permainan berlangsung Vietnam B-22 beraksi tidak seperti yang diharapkan penyokong serta tampil kurang menyakinkan di segenap posisi untuk muncul selaku salah satu pasukan pilihan pada saingan kali ini.

“Ini ada pertandingan di mana Vietnam mempunyai sasaran untuk menjuarainya sekali lagi, namun persembahan yang ditampilkan mereka gagal untuk memenuhi jangkaan sebagai calon juara,” jelas Quang Tung menerusi laporan dikeluarkan oleh CNN Indonesia.

Selain itu, Quang Tung juga menyatakan corak permainan yang dipamerkan oleh Vietnam B-22 yang sepatutnya menguasai permainan serta menekan pihak lawan tidak banyak dijelmakan ketika bertemu Laos.

Malah, falsafah yang dibangunkan oleh pengendali baharu mereka iaitu Philippe Troussier juga masih belum kelihatan dan mencetuskan tanda tanya buat diri beliau selepas melihat aksi sulung Vietnam.

“Vietnam tidak mengawal permainan. Padahal corak permainan Troussier pada asalnya untuk menguasai perlawanan serta memberi tekanan kepada pihak lawan.

“Tetapi apa yang saya lihat, pemain Vietnam tak banyak melakukan perkara tersebut sehingga wisel penamat dibunyikan walau berjaya mencatat kemenangan.

“Daripada segi keputusan, Vietnam berjaya memperolehinya. Namun untuk corak serta falsafah permainan, belum banyak dapat dilihat.

“Ini menimbulkan tanda tanya kepada diri saya, tambahan pula pemain di bangku simpanan jauh lebih baik berbanding senarai kesebelasan utama diturunkan,” luah Quang Tung lagi.

Untuk aksi seterusnya, Vietnam bakal membuat perhitungan bersama Singapura yang masih segar dengan kekalahan 1-3 kepada satu lagi pasukan pilihan, Thailand.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN