Safee Sali Malukan Anton Ferdinand Di Amerika Syarikat

Safee Sali

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mungkin tidak lagi beraksi secara profesional selepas mengumumkan persaraannya daripada bola sepak sebelum ini.

Walaupun begitu, beliau masih belum kehilangan ketajaman penyudah di depan pintu gol. Buktinya, beliau berjaya meledak di Amerika Syarikat dalam satu kejohanan bola sepak tujuh sebelah.

Safee yang mewakili Far East United dalam kejohanan The Soccer Tournament (TST) berjaya membantu pasukannya menewaskan West Ham United dalam aksi pertama peringkat kumpulan D.

Dalam perlawanan tersebut, gol daripada Safee berjaya membantu Far East menewaskan West Ham dengan jaringan 4-2.

Apa yang menarik mengenai gol tersebut, Safee melakukannya sendirian menerusi gerakan solo yang turut memerangkap bekas pemain Premier League iaitu Anton Ferdinand.

Ledakan kaki kiri daripada Safee telah memberikan gol ketiga buat Far East dan ini sekali gus turut memberikan kemenangan pertama mereka dalam saingan peringkat kumpulan.

Ada dua lagi perlawanan yang bakal ditempuh oleh Safee dan Far East di Amerika Syarikat iaitu dengan menentang Dallas United serta Culture By Mo Ali FC.

TST merupakan acara bola sepak tahunan yang dianjurkan oleh The Tournament. Selain bola sepak (TST), mereka turut mempunyai cabang lainnya iaitu The Basketball Tournament (TBT).

Untuk TST kali ini, terdapat beberapa pemain terkenal yang menyertai kejohanan ini seperti Cesc Farbregas (Como 1907), Clint Dempsey (Team Dempsey) dan Kevin Grosskreutz (Borussia Dortmund).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN