Nemanja Vidic mendedahkan bagaimana bekas pengurus Liverpool, Rafa Benitez hampir membawanya ke Anfield sebelum akhirnya beliau memilih untuk menyertai seteru utama The Reds, Manchester United.
Sir Alex Ferguson membawa Vidic ke Old Trafford pada tahun 2006 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai £7m juta dari Spartak Moscow.
Legenda terhebat sepanjang zaman Man United itu bahkan turut memuji Vidic sebagai seorang pemain yang sangat bagus dan mempunyai kemampuan semulajadi yang sungguh dahsyat.
Nemanja Vidic could have been a Merseyside hero but Rafa Benitez never let it happen #MUFC
https://t.co/AV2ni14iRa— talkSPORT (@talkSPORT) April 24, 2023
Vidic kemudiannya menjadi antara pemain terpenting dalam skuad United dengan beliau berjaya mencipta gandingan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Rio Ferdinand.
Gandingan kedua-dua mereka itu berjaya membantu United memenangi banyak kejuaraan dan tidak dinafikan lagi beliau sememangnya antara pemain yang paling digeruni lawan.
Bekas pemain pertahanan yang kini berusia 41 tahun itu kemudiannya menjadi ketua pasukan dan turut menjulang 5 gelaran Premier League, satu gelaran Champions League dan tiga gelaran League Cup bersama Man United.
Vidic kemudiannya meninggalkan Man United pada tahun 2014 yang lalu sebelum beliau menyertai Inter Milan dan kemudiannya bersara pada tahun 2016.
Bekas bintang kebangsaan Serbia itu baru-baru ini telah diundang ke Podcast yang dikelolakan oleh bekas rakan sepasukannya, Rio Ferdinand dan beliau telah berkongsi pelbagai kisah menarik dalam rancangan tersebut.
Legendary Manchester United player Nemanja Vidic has revealed why his proposed transfer to Liverpool fell through.https://t.co/ADAlM5pzLt
— Pulse Sports Nigeria (@PulseSportsNG) April 24, 2023
Antara yang paling menarik adalah ketika beliau mendedahkan yang beliau sebenarnya hampir menyertai Liverpool sebelum akhirnya memilih untuk sertai Man United.
Vidic mengakui yang Rafa Benitez sebenarnya individu pertama hubunginya ketika beliau masih bersama Spartak dan bekas pengurus Liverpool itu mendesak beliau supaya berpindah ke England.
Walau bagaimanapun, beliau mendedahkan yang pengurus dari Sepanyol itu kemudiannya sama sekali tidak menghubunginya selama dua ke tiga minggu, yang mana hal itu membuka ruang untuk Alex Ferguson mendapatkan khidmatnya.
“Pertama kali saya dihubungi oleh kelab (United) adalah pada Disember 2005. Tapi pada ketika itu Liverpool juga turut terlibat.”
Jelas Vidic.
“Saya bercakap dengan Rafa Benitez dan dia adalah individu pertama yang hubungi saya ketika saya masih bersama Spartak Moscow.”
It’s finally here….
Nemanja Vidic 👊🏽❤️ https://t.co/6nopqidTAZ pic.twitter.com/LKhHTd6aZn
— Rio Ferdinand (@rioferdy5) April 24, 2023
“Bahasa Inggeris saya ketika itu tak bagus, isteri saya, Ana sebenarnya yang bercakap dengan dia kerana bahasa Inggeris dia sangat bagus.”
“Dia tanya saya adakah saya mahu datang ke England dan beberapa hal lain, semuanya nampak sangat bagus.”
“Dan kemudian dia tak hubungi saya semula untuk tempoh dua ke tiga minggu. Fergie jelas sekali terus hubungi saya.”
“Dia hubungi saya dan kata, ‘Saya sudah mencari kamu sejak enam bulan ke satu tahun lalu, saya suka cara kamu bermain. Saya rasa kamu akan jadi yang terbaik untuk kelab. Adakah kamu mahu sertai kami?
“Saya kata sudah tentu, kemudian dia jawab, ‘Semuanya akan diselesaikan’ dan kemudian selepas satu minggu saya sudah berada di Manchester.”
Nemanja whoaa, Nemanja whoaa!!!
Some funny chat from Vida 👊🏽❤️
Champions League memories
Why he chose Man Utd over Liverpool.
Part 1 is 🔥
What was your favourite Vidic memory?🔗 https://t.co/6nopqidTAZ pic.twitter.com/aGesxqstpY
— Rio Ferdinand (@rioferdy5) April 24, 2023
Jika Rafa tidak berhenti berkomunikasi dengan Vidic, berkemungkinan besar legenda Man United itu akan menyarung jersi Liverpool dan menjadi antara legenda kelab dari Merseyside itu.