Peminat Tertarik Melihat Ketenangan Anak Gerrard Ketika Jadi Pengiring Mo Salah

Peminat tertarik melihat ketenangan anak kepada legenda Liverpool, Lio Gerrard berjalan mengiringi Mohamed Salah ketika aksi bertemu Nottingham Forest di Anfield malam semalam.

Lio Gerrard menjadi pengiring kepada Mo Salah untuk masuk ke padang sebelum sepak mula aksi bertemu Nottingham Forest malam semalam, dengan anak Steven Gerrard itu dilihat sangat tenang.

Walau stadium dipenuhi dengan peminat, namun ia sama sekali tidak menggentarkan anak legenda kelab itu.

Beliau tenang berjalan masuk ke padang dan Lio juga dilihat sempat cekak pinggang sambil melihat penyokong-penyokong yang ada di stadium.

Aura Gerrard jelas terlihat ada dalam diri Lio dengan beliau terlalu tenang serta yakin ketika berjalan dan berdiri bersama Mo Salah.

Gerak tubuh kanak-kanak berusia 5 tahun itu jelas menunjukkan yang beliau sangat tenang dan peminat melihat ayahnya ada dalam diri Lio.

Ketika kanak-kanak lain dilihat ketakutan dan berdebar-debar sambil melihat sekeliling, Lio pula dilihat sangat tenang dan seolah-olah beliau adalah pemain yang akan bermain selepas itu.

Pendek kata, gaya beliau jelas menunjukkan yang Anfield adalah miliknya dan itu adalah tanda-tanda yang sangat digemari oleh para penyokong.

Peminat di media sosial hangat membincangkan hal tersebut, dengan mereka percaya kelab sudah temui calon pengganti Steven Gerrard yang paling tepat.

“Dia sangat tenang, dia boleh cekak pinggang di situ dan ketenangan dia jelas dilihat dari gayanya itu.”

“Gerrard boleh tersenyum riang melihat anaknya berjalan masuk ke Anfield, Lio seolah-olah sedang berjalan masuk ke rumah sendiri.”

“Dia benar-benar anggap Anfield rumahnya, dia terlalu tenang dan bersahaja.”

“Saya lihat dia seolah-olah dia mahu turun beraksi sama, dia tenang, dia tak gugup dan orang boleh gerun lihat keyakinan dia.”

Liverpool kini sedang bersaing untuk merebut kelompok empat teratas dalam carta saingan Premier League.

Kejayaan menewaskan Nottingham Forest malam semalam jelas membuka ruang untuk The Reds terus mencabar kedudukan tersebut.

Selepas melalui lima perlawanan tanpa mencatatkan sebarang kemenangan, Liverpool berjaya menewaskan Leeds United 6-1 di halaman lawan minggu lalu.

Selepas kenduri gol itu, The Reds meneruskan rentak kecemerlangan mereka dengan menewaskan Nottingham Forest malam semalam.

The Reds tak boleh keciciran mata lagi andai mereka mahu mengesahkan kedudukan di kelompok empat teratas pada penghujung musim ini.

Liverpool kini hanya enam mata sahaja dipisahkan dari Newcastle United yang sedang berada di kedudukan keempat dalam carta saingan Premier League.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu selepas ini akan turun beraksi bertemu West Ham sebelum mereka melayan kunjungan Tottenham Hotspur di Anfield.

Berbaki tujuh perlawanan sebelum berakhirnya saingan musim ini, sepertinya The Reds masih berpotensi untuk mengejar kedudukan dikelompok empat teratas seterusnya mengesahkan tempat layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN