Pochettino & Chelsea Akan Jadi Gabungan Berbisa Bolot Semua Piala

Mauricio Pochettino

Chelsea masih lagi dalam proses mendapatkan pengurus baharu buat mereka dan kini nama Mauricio Pochettino telah muncul untuk mengemudi kelab Stamford Bridge itu.

Selepas tiada sebarang peningkatan sejak Frank Lampard mengemudi secara sementara, langkah semakin laju diambil Chelsea bagi mendapatkan pengurus baharu.

Dan nama Pochettino telah muncul sebagai calon utama bagi jawatan tersebut.

Pochettino yang sudah lama tidak mengemudi mana-mana pasukan kali terakhir adalah Paris Saint-Germain (PSG) dan menurut BBC Sport, Pochettino dikatakan begitu hampir untuk menyertai Chelsea.

Walaupun begitu, Chelsea harus pantas kerana Tottenham Hotspur juga dalam cubaan mendapatkan semula beliau selepas melepaskan pengendali sementara iaitu Christian Stellini selepas kelab itu dibelasah Newcastle United 6-1.

Gabungan antara Pochettino dan Chelsea boleh menghasilkan kejayaan buat kelab itu dengan potensi merebut piala boleh direalisasikan.

Ianya boleh dianggap sebagai sebuah gabungan sempurna.

“Pochettino boleh jadi gabungan sempurna dan saya rasakan beliau dengan tidak adilnya diingati kerana tidak memenangi apa-apa di Tottenham.

“Beliau adalah calon utama untuk jawatan ini dan beliau adalah apa yang Chelsea perlukan – bermain bola sepak progesif dan membangunkan bakat muda,” kata wartawan New York Times, Rory Smith.

Sepanjang berada di Tottenham, Pochettino dilihat sebagai pengendali yang mengenakan permainan bola sepak yang menghiburkan serta mampu bersaing dengan pesaing-pesaing mereka.

Namun apa yang memisahkan mereka dengan yang lain pada waktu itu adalah kejuaraan yang tidak berjaya diperoleh.

Akan tetapi, bola sepak yang dibawa oleh Pochettino kepada Tottenham sepanjang berada di kelab itu adalah yang terbaik buat mereka di era moden.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN