Kebelakangan ini, aksi Liga Premier menjadi tumpuan dengan selepas kontroversi di Kota Bahru melibatkan Kelantan dan Johor Darul Ta’zim II, kini muncul insiden panas melibatkan dua lagi pasukan.
Dalam aksi melibatkan Selangor 2 menentang Perak di Stadium UiTM, Shah Alam, berlaku insiden panas melibatkan pemain kedua-dua pasukan menjelang tamat perlawanan.
Ketika masa kecederaan separuh masa kedua mengambil tempat, terdapat insiden yang menyaksikan pemain Selangor 2 iaitu Iqmal Ramlan menumbuk pemain import Perak – Luciano Guaycohea.
Situasi itu berlaku selepas kedua-dua pemain sedang berebut bola sesama sendiri dan barang kali pendekatan yang digunakan agak kasar telah membuatkan Iqmal kemudiannya bertindak diluar kawalan lalu menumbuk Guaycohea.
Keadaan menjadi tegang ketika itu dengan pengadil perlawanan, Anselm Anterang terpaksa campur tangan apabila pemain-pemain lain juga mula terlibat dan hampir tercetusnya pergaduhan besar.
Iqmal kemudiannya dilayangkan kad merah dengan permainan berbaki beberapa minit sahaja untuk ditamatkan.
Perak kemudiannya berjaya meraih tiga mata dengan kemenangan 1-0 di Shah Alam.
Saksikan video insiden panas tersebut yang kami sediakan di bawah.