Piala FA: Genius Michael Feichtenbeiner Berjaya Bawa Selangor Ke Separuh Akhir

Walaupun tampil beraksi di laman sendiri, Sabah gagal untuk mencipta keputusan positif dalam aksi suku akhir Piala FA 2022 apabila tewas kepada Selangor dengan keputusan 0-2  di Stadium Likas.

Pasukan pelawat jelas mempamerkan aksi begitu bertenaga sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung untuk mengetepikan tuan rumah yang dilihat serba tidak menjadi di segenap posisi.

Dua gol Selangor masing-masing berjaya diledak menerusi gandingan dua pemain serangan import mereka iaitu Hyuri Henrique serta Herlison Caion untuk mengecewakan kem Sabah.

Selangor terlebih dahulu membuka jaringan pertama menerusi Hyuri Henrique seawal permainan dimulakan menerusi serangan balas pantas dibuat untuk mengejutkan tuan rumah.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Sabah hampir menyamakan kedudukan menerusi sepakan sudut yang pantas disambar oleh Dominic Tan sebelum bola sedikit tersasar ke atas gawang gol pada minit ke-2.

Aksi berintensiti tinggi jelas dipamerkan oleh kedua pasukan terutama sekali menerusi tuan rumah yang dilihat agak terdesak untuk kembali mencari gol penyamaan.

Bersambung di separuh masa kedua, Selangor dilihat menggandakan serangan ke kubu tuan rumah menerusi beberapa siri percubaan dilancarkan, setelah pertahanan Sabah jelas agak kelam kabut untuk menyerap asakan.

Selepas 55 minit perlawanan, Sabah dilihat berjaya mengimbangi permainan dengan turut melancarkan beberapa percubaan berbahaya untuk mencari gol penyamaan.

Tuan rumah dilihat terus buntu untuk mendapatkan gol sulung mereka walaupun berjaya mencipta beberapa siri serangan ke kubu pelawat.

Kemasukan Jose Embalo juga tidak begitu memberi impak di bahagian serangan apabila penyerang import itu dilihat masih tercari-cari rentak permainan beloau untuk membantu Sabah dapatkan jaringan.

Selangor terus melebarkan jurang dalam permainan apabila mendapat gol kedua menerusi Herlison Caion pada minit ke-80, apabila penyerang tersebut mudah menewaskan penjaga gol Sabah, Damien Lim menerusi situasi satu lawan satu.

Keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil dengan Selangor menjadi pasukan pertama berjaya mengesahkan tempat di pusingan separuh akhir setelah menewaskan Sabah menerusi keputusan 2-0.

Kesebelasan utama

Sabah: Damien Lim Chien Khai (Penjaga gol), Rawilson Batuil, Taesu Park, Baddrol Bakhtiar (Kapten), Taiki Kagayama, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Mohd Amri Yahyah, Gary Steven Robbat, Stuart John Wilkin, Dominic Tan Jun Jin, Saddil Ramdani

Selangor: Samuel Jacob Somerville (Penjaga gol), Quentin Cheng Jiun Ho, Yazan Mousa Mahmoud Al-Arab, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Herlison Caion De Souza Ferreira, Hyuri Henrique De Oliveira Costa, Muhammad Fazly Mazlan, Alexander Agyarkwa Ameyaw, Muhamad Syahir Bashah, Sharul Nazeem Zulpakar, Brendan Seng Ling Gan (Kapten)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN