JDT Hantar Syamer Kutty Abba Ke Barcelona Untuk Rawat Lutut

Syamer Kutty Abba

Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengesahkan yang mereka akan menghantar pemain tengah, Syamer Kutty Abba ke Barcelona, Sepanyol untuk menjalani rawatan lutut.

Hal ini disebabkan kerana pemain tersebut mengalami kecederaan di bahagian tersebut dan memerlukan rawatan dari pakar di sana.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh JDT sendiri, pemain kebangsaan itu akan berada dalam jagaan Dr Juan Manuel Boffa yang merupakan perunding buat kelab Premier League iaitu Manchester City.

Untuk rekod, Syamer bukanlah pemain yang pertama dari JDT yang mendapatkan rawatan kelas pertama daripada doktor tersebut.

Sebelum ini, Syafiq Ahmad, S. Kunanlan, Ramadhan Saifullah, Gary Steven Robbat dan juga Natxo Insa juga pernah mendapatkan rawatan daripada doktor tersebut.

“Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba telah menjalani pembedahan dibawah pengawasan pakar bedah sukan, Dr Juan Manuel Boffa di Barcelona, Sepanyol untuk kecederaan lutut yang dialami.

“Menerusi kerjasama dengan Dr Boffa yang juga merupakan konsultan kepada Manchester City, pemain JDT yang cedera akan dihantar ke Barcelona untuk mendapatkan rawatan dan memastikan proses pemulihan berlaku dengan baik di bawah seliaan beliau,” ujar JDT dalam kenyataan mereka.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh atau jangka masa yang tepat boleh diberikan untuk menentukan bilakah Syamer akan kembali beraksi.

Kemungkinan untuk Syamer terlepas baki saingan musim ini itu ada memandangkan kecederaan di lutut lazimnya memerlukan masa yang lama untuk pulih.

Apa-apa pun, ia jelas sekali merupakan kerugian buat skuad JDT dan Harimau Malaya yang bakal beraksi dalam Piala AFF hujung tahun ini.

Kami mendoakan agar Syamer segera sembuh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN