Video: Lihat Ronaldo Fenomeno Dengan Hobinya Menggelecek Penjaga Gol

Ronaldo Fenomeno seringkali diangkat sebagai no.9 terbaik dalam sejarah bola sepak. Beliau merupakan pemain yang memiliki kepantasan serta lasak. Beberapa kali dilanda kecederaan beliau bangkit untuk memberikan aksi terbaik.

Namun pada akhir karier, beliau terpaksa akur dengan isu berat badannya. Ronaldo ketika bergelar pemain menjaringkan 247 gol di peringkat kelab daripada 343 penampilan. Untuk skuad Samba beliau meledak 62 gol daripad 98 penampilan.

Daripada jumlah gol itu beliau melakukan 88 gol dengan cara menggelecek melepasi penjaga gol.

Selain daripada menjaringkan gol – beliau juga boleh mencipta gol dengan sendiri, boleh melakukan gelecekan dari tengah padang, berfizikal tegap, laju dan sangat teknikal.

Brazil’s forward Ronaldo helps Germany’s team captain and goalkeeper Oliver Kahn after he made a save during the final match of the FIFA 2002 World Cup Korea Japan at International Stadium Yokohama 30 June, 2002, in Yokohama, Japan. AFP PHOTO/PATRICK HERTZOG (Photo credit should read PATRICK HERTZOG/AFP/Getty Images)

Ditanya tentang kenapa beliau suka menggelecek penjaga gol, ini jawapan Il Fenomeno: “Saya suka menjaringkan gol dengan melepasi semua pemain pertahanan termasuk penjaga gol. Ini bukan keistimewaan saya, tetapi ia adalah tabiat saya.”

Ronaldo memenangi 2 Piala Dunia dengan Brazil dan 1 Naib Juara Dunia pada 1998.  Beliau memenangi banyak trofi bersama kelabnya dan juga memenangi banyak pengiktirafan individu.

Ikuti aksi Ronaldo Fenomeno yang suka menggelecek penjaga gol.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN