Piala AFF 2018: Ultras Malaya Antara 5 Perkara Kami Gariskan Dalam Kempen Malaysia Kali Ini

Berlabuh sudah tirai Piala AFF 2018. Dan semuanyaBOLA mengucapkan syabas kepada Vietnam selaku juara. Kami juga menzahirkan rasa bangga kerana Malaysia mampu ke final Piala AFF 2018 – melangkaui ekspektasi semua.

Walaupun kecewa di final, kami menggariskan 5 perkara daripada kempen kali ini.

1. Tan Cheng Hoe membawa kita di landasan yang betul

Beberapa tahun yang lalu TMJ menyatakan Tan Cheng Hoe adalah jurulatih kelahiran Malaysia yang terbaik. Oleh itu beliau berhak ditawarkan jawatan dalam skuad kebangsaan.

Namun pada kempen Piala AFF 2018, Tan Cheng Hoe telah menjadi jurulatih Asia Tenggara terbaik secara merit. Beliau memikiki skuad muda yang serba kurang pengalaman serta kurang masa bermain bersama. Tidak mudah untuk beliau membentuk skuad ini dan cuba menerapkan corak permainan yang beliau mahukan.

Beliau telah bertegas bahawa ini adalah cara kita bermain. Dalam beberapa perlawanan sebelum Piala AFF 2018, kita disajikan dengan permainan bola sepak yang kabur cara permainannya. Namun begitu dalam Piala AFF 2018, Tan Cheng Hoe telah memulakan projek pembinaan taktikal berdasarkan hantaran pendek.

Beberapa aspek diperbaiki dalam setiap perlawanan sehinggalah kita sampai ke final. Antara perkara yang kita harus banggakan, kita telah menjadi pasukan yang dihormati seteru kita kerana corak kita bermain.

Ini bermakna, Tan Cheng Hoe telah membawa kita semua di landasan yang tepat dalam pembentukan corak permainan yang stabil dan seterusnya pembentukan DNA. Namun kini kita cuma memerlukan lebih ramai pemain yang tepat bagi mengisi slot dalam taktikal ini.

2. Ultras Malaya

Mereka digelar antara perkara terbaik dalam Piala AFF 2018 kali ini, bukan sahaja oleh penyokong kita, malah penyokong lawan. Di mana sahaja mereka berada, mereka menjadi tumpuan ramai.

Di media sosial ramai yang kagum dan cemburu dengan tifo, dan sorakan Ultras Malaya. Sementara itu, kempen Ekor Harimau Sejati telah menjadi fenomena di negara kita.

Daripada selebriti terkemuka sehinggalah pemimpin negara, ramai yang menggunakan perkatan Ekor Harimau Malaya serta bersorak Ekor Harimau Sejati.

Keriuhan dan semangat Ultras yang terbang sehingga ke Vietnam, Kemboja dan Thailand telah menjadi peneman dan wakil kepada suara jutaan penyokong Harimau Malaya yang lain. Jika Harimau Malaya bermain di planet pluto sekalipun, Ultras ini akan datang ke sana.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – DECEMBER 01: Malaysian fans cheer during the AFF Suzuki Cup semi final between Malaysia and Thailand at Bukit Jalil National Stadium on December 01, 2018 in Kuala Lumpur, Malaysia. (Photo by Stanley Chou/Getty Images)
3. Bangsa bola sepak

Dalam edisi Piala AFF 2018 kali ini, keluar terma tentang bangsa bola sepak di Malaysia. Ada yang menggunakan terma seperti bangsa final, bangsa awaydays, bangsa tv, bangsa stadium dan sebagainya.

Walaupun ada banyak pandangan dan banter sesama penyokong dengan sindiran menggunakan frasa bangsa ini, ianya telah menjadi warna warni dalam Piala AFF 2018 kali ini. Secara tak langsung ia juga menanam lebih kesedaran akan pentingnya untuk terus menyokong pasukan Harimau Malaya.

Walau apa sahaja jenis bangsa bola sepak, semua penyokong tetap disatukan di bawah satu panji – berjalur 14 – berbulan – bintang 14 – itulah Malaysia.

4. Bola sepak sentiasa no.1

Bola sepak sentiasa menjadi sukan no.1 di hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya, agama dan bangsa. Walaupun negara kita berhadapan dengan beberapa isu semasa, namun setiap kali ada perlawanan bola sepak, kita semua bersatu.

Ianya masih menjadi wadah perpaduan yang sangat baik. Pasukan bola sepak kita masih lagi menjadi alat yang menghubungkan dan mengingatkan bahawa kita semua adalah keluarga besar walaupun ada kalanya kita tak sependapat.

Segala masalah dan isu berbangkit akan dilupakan setiap kali Harimau Malaya turun beraksi tidak kira di Bukit Jalil ataupun di luar Malaysia.

Struktur asas Harimau Malaya itu sendiri ditunjangi Tan Cheng Hoe – ketua jurulatih – berbangsa cina dibantu oleh 2 pembantu jurulatih iaitu – coach Balachandran dan coach Aminuddin Hussin yang masing masing berbangsa India dan Melayu.

Mereka dipilih bukan kerana sentimen bangsa dan agama tetapi kerana mereka layak. Dan secara tak langsung 3 jurulatih ini telah membentuk gandingan yang sangat baik kali ini.

Di kem Harimau Malaya sendiri wujud ‘bonding’ yang kuat di antara pemain. Mereka mesra dan saling menghormati di antara pemain senior dan yang baharu. Mereka melupakan perseteruan di kelab dan berjuang untuk Malaysia.

5. Naib juara Piala AFF 2018

Ini adalah pencapaian kita pada temasya kali ini. Kita melepasi peringkat kumpulan dengan cara yang sangat sukar – kerana kita yang memilih jalan sukar.

Pada separuh akhir, kita menyingkirkan pasukan pilihan, Thailand. Lebih dramatik, pada masa kecederaan, Thailand dihadiahkan sepakan penalti. Pemain terbaik kita – Syahmi Safari dilayangkan kad kuning kedua dan dibuang padang.

Adisak Kraisorn mengambil sepakan itu selepas menjaringkan 8 gol sepanjang kejohanan. Namun siapa sangka beliau akan melambungkan bola melepasi palang gol. Jika bola itu masuk, tiada apa yang boleh dilakukan Malaysia selain daripada meratapi kekalahan yang pedih. Kita ke final.

Kami kongsikan keraian di beberapa lokasi ketika penalti tersebut.

Terima kasih dan syabas kepada Harimau Malaya di atas pengalaman suka duka dalam kempen Piala AFF 2018 kali ini. Semoga dapat memperbaiki kelemahan kita untuk menjadi yang lebih baik.

Harimau Malaya
Foto: FAUZI BAHARUDIN

Jika anda merasakan Piala AFF 2018 memberikan pengalaman yang tersendiri kepada anda, sila kongsikan dengan kami.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN