VIDEO: Rembatan ‘Maut’ Bekas Pertahanan Import Kedah Raih Pujian Penyokong Indonesia

Bekas pertahanan import Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Renan Alves tampil bersama aksi cukup hebat pada saingab Liga 1 Indonesia yang berlangsung baru-baru ini dengan membabitkan pasukan diwakilinya, Barito Putera.

Terdahulu, jaringan Alves pada aksi menentang PSM Makassar berjaya memastikan pasukan tersebut kembali bangkit daripada ketinggalan untuk mencipta kemenangan berharga 3-1 di laman sendiri.

Pada aksi tersebut, Renan berjaya meledak jaringan penyamaan menerusi sepakan percuma di luar petak penalti selepas mereka ketinggalan 0-1 sebelum itu hasil jaringan pemain lawan, Kenzo Nambu.

Apa yang menarik, pemain kelahiran Brazil itu berjaya meledak satu jaringan cukup berkualiti menerusi rembatan sangat deras umpama peluru untuk memastikan Barito Putera kembali bangkit.

Selepas gol tersebut, Barito Putera terus bersemangat memburu jaringan pendahuluan pula dengan Mike Ott serta Gustavo Tocantins untuk memastikan tiga mata menjadi kelab dari Indonesia tersebut.

Jaringan tersebut jelas mendapat pujian penuh daripada para penyokong bola sepak di Indonesia dengan rata-rata menganggap sepakan tersebut sukar untuk ditepis mana-mana penjaga gol pasukan lawan.

“Bola sekencang itu kalau ditepis, hasilnya mungkin jari penjaga gol lawan yang akan patah,” kata dheaaliffa di ruangan komen liga1match di media sosial Instagram.

“Itu kalau sampai kena di ulu hati atau tubuh badan lain boleh jadi sangat berbahaya. Lebih baik biarkan sahaja gol daripada mengalami kecederaan,” ulas abeimbaim pula.

“Pemain pertahanan tengah idaman, boleh diharap kepada beliau untuk memecahkan kebuntuan juga,” komen Saeful Anwar mengenai aksi pemain tersebut.

Rata-rata komen penyokong Indonesia jelas memberi pujian penuh buat Renan yang dianggap sebagai salah satu pertahanan paling menyerlah dalam saingan sana.

Musim ini menyaksikan Renan sudah pun meledak lima gol bersama satu bantuan jaringan secara keseluruhan daripada 26 perlawanan dihadapinya bersama pasukan tersebut.

Nama Renan bukan suatu yang asing di Malaysia, kerana beliau pernah menabur bakti bersama Kedah pada suatu ketika bawah kendalian Aidil Sharin Sahak sehingga menjulang beberapa kejayaan ketika itu.

Ketika ini, Renan telah pun memastikan Barito Putera berada di tangga kelapan dalam saingan utama di Indonesia menerusi 10 kemenangan dicatat untuk memastikan mereka memungut 40 mata secara keseluruhan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN