Malaysia Tak Ada Masalah Tanpa Kelibat Matt Davies & Junior Eldstal

Malaysia boleh dianggap tidak menghadapi sebarang masalah untuk menghadapi cabaran Oman walaupun tanpa kelibat dua pertahanan kental serta berpengalaman iaitu Matthew Davies serta Junior Eldstal.

Terdahulu, kedua pemain tersebut tidak dapat bersama skuad Harimau Malaya bagi mengharungi aksi ketiga Kumpulan D bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat, Oman.

Ia diumumkan sendiri melalui media rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan menyatakan kedua pemain itu tidak melapor diri dan menerima satu surat rasmi daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) JDT untuk pemakluman tersebut.

“Hanya baki lapan pemain iaitu tujuh pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Dion Cools dari Buriram United telah melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya pada Jumaat, 15 Mac 2024.

“Sementara dua pemain, Matthew Davies dan Junior Eldstal tidak melapor diri selepas JDT menerusi satu surat rasmi memaklumkan bahawa kedua-dua mereka telah mengalami kecederaan semasa perlawanan latihan pada 14 Mac 2024.

“Justeru JDT memohon pengecualian buat kedua-dua pemain berkenaan untuk melapor diri bersama skuad kebangsaan dan akan menjalani rawatan pemulihan selanjutnya bersama kelab. Laporan kecederaan dilampirkan dalam surat tersebut.

“Dengan ketiadaan Matthew dan Junior, skuad Harimau Malaya kini mempunyai 31 pemain dalam kem latihan,” jelas kenyataan tersebut di media sosial FAM.

Walaupun tanpa kelibat Davies serta Eldstal, ianya tidak dianggap sebagai suatu masalah cukup besar buat Malaysia kerana mereka masih memiliki barisan pertahanan lain termasuk Daniel Ting.

Daniel dianggap sebagai pengganti terbaik buat Davies di posisi pertahanan kanan walaupun beliau lebih dominan di sebelah kiri sebelum itu.

Ianya telah dibuktikan ketika aksi Piala Asia 2023 di Qatar apabila Daniel telah menunjukkan kelas beliau tersendiri di posisi tersebut sehingga bintang handalan, Son Heung-min berjaya dirantai sebaik mungkin.

Bagi posisi Eldstal, Malaysia masih memiliki rantaian pertahanan tengah berkualiti untuk digandingkan bersama Dion Cools pada aksi akan datang serta membentuk kombinasi lebih berkualiti.

Shahrul Saad serta Dominic Tan boleh diletakkan sebagai senarai teratas untuk mengisi kekosongan tersebut menerusi kualiti dimiliki kedua individu tersebut selain memiliki pengalaman cukup luas di pentas antarabangsa.

Malah, bintang Selangor iaitu Shahrul Nazeem sendiri boleh menjadi pengganti terbaik di posisi tersebut untuk mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Eldstal.

Untuk aspek pertahanan, ianya dianggap tidak begitu bermasalah buat Kim untuk cuba meletakkan gandingan-gandingan berkualiti bagi menggantikan kedua pemain itu pada aksi tersebut.

Pada pandangan anda, siapa calon terbaik yang akan dipilih Kim untuk mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Davies serta Eldstal?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN