Terengganu Akhirnya Perkenal ‘Jeneral Perang’ Baharu Untuk Musim Ini

Terengganu akhirnya telah pun mengumumkan Marin Pilj selaku pemain import baharu mereka bagi saingan musim ini dalam aksi Liga Malaysia (Liga M) menerusi media sosial pasukan tersebut.

Terdahulu, laporan menyatakan Terengganu hampir pasti untuk menandatangani seorang lagi tenaga import dari Croatia bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Menerusi perkongsian Harian Metro, ada dua pemain import berasal dari Croatia tanpa didedahkan maklumat lengkap mereka berminat untuk menyertai keluarga besar Terengganu buat pertama kali di Malaysia.

Dan kali ini, Marin secara rasminya telah pun diperkenalkan oleh Terengganu selaku pemain import baharu mereka pada musim ini dan bakal menjadi perancang utama pasukan tersebut.

Untuk rekod, Terengganu secara rasminya telah pun mengekalkan tiga pemain import pada musim lalu iaitu Argzim Redzovic, Ivan Mamut, serta Nurillo Tukhtasinov selepas mereka mempamerkan konsistensi permainan begitu baik dalam setiap perlawanan.

Untuk terus memperkukuhkan lagi skuad Sang Penyu, Tomislav Steinbruckner turut menandatangani tiga lagi pemain import di posisi pertahanan, tengah serta serangan iaitu Matthew Steenvoorden, Manuel Ott serta bekas penyerang Kelantan United, Ismaheel Akinade.

Marin yang dikaitkan sebelum ini bersama Terengganu menjadi antara nama berada dalam senarai pemilihan import baharu Terengganu di posisi tengah selain seorang lagi calon, Igor.

Mengenai Marin, beliau sebelum ini beraksi di saingan teratas Croatia iaitu Croatian Football League bersama NK Varazdin selaku perancang utama pasukan tersebut.

Sepanjang bersama NK Varazdin, pemain berusia 27 tahun itu sudah pun diberi peluang beraksi sebanyak 20 perlawanan peringkat domestik dengan dua gol serta satu bantuan jaringan berjaya dihasilkan beliau.

Selain berkelebihan beraksi selaku pemain tengah serangan, Marin juga berupaya beraksi sebagai pemain tengah bertahan dan ia sudah pun dibuktikan sepanjang beliau beraksi untuk NK Varazdin.

Penyertaan Marin menjadikan beliau sebagai suatu aset terbaharu buat Sang Penyu yang kehilangan khidmat Habib Haroon serta Liridon Krasniqi yang beraksi di posisi tersebut tahun lalu.

Malah, ia bakal memberi ruang buat Tomislav Steinbruckner untuk cuba mencipta kombinasi baharu di posisi tengah menerusi kemasukan Akram Mahinan, Manuel Ott serta Marin sebelum saingan liga bermula tidak berapa lama sahaja lagi.

Pada pandangan anda, adakah Marin mampu bersinar serta memberi impak besar buat Terengganu pada saingan musim ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN