Tular di media sosial pada ketika ini yang mana penyokong Vietnam mengkantoikan aksi keji pemain Indonesia yang berpura-pura disakiti walau sebenarnya beliau langsung tidak disentuh.
Indonesia turun ke My Dinh Stadium untuk beraksi bertemu Vietnam di peringkat separuh akhir kedua saingan AFF Mitsubihi Elektrik 2022.
Skuad Garuda itu terpaksa akur tewas 2-0 di tangan Vietnam, seterusnya tersingkir dari kejohanan pada tahun ini.
AFF Cup. Indonesia vs Vietnam @@
23 Indonesia's team do something wrong? pic.twitter.com/iXygrEbQp0— Linh (@Linh_ho87) January 9, 2023
Indonesia sebelum ini gagal memanfaatkan kesempatan bermain di halaman sendiri dengan mereka hanya mampu mencatatkan keputusan seri sahaja bertemu Vietnam dalam aksi separuh akhir pertama.
Jelas sekali skuad kendalian Shin Tae-yong itu turun dengan misi mahu menang dan layak ke perlawanan akhir, namun sayangnya usaha mereka berakhir dengan kegagalan.
Telah berlaku beberapa insiden panas dalam perlawanan tersebut dengan ramai yang percaya Vietnam menang kerana bantuan pengadil.
Segelintir peminat terutama di kalangan penyokong Indonesia percaya yang mereka sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti dalam perlawanan tersebut namun ia dinafikan oleh pengadil perlawanan.
Pelanggaran wasit Araki Yusuke ke pemain Timnas Indonesia Rizki Ridho saat melawan Vietnam di AFF Cup 2022, No Foul 🙂 pic.twitter.com/Iswd4VQ3qV
— Tommy Desky (@Tommy_desky) January 9, 2023
Para penyokong juga tak henti-henti menghentam Doan Van Hau dan menganggap pemain pertahanan itu sebagai pemain paling keji di Asia Tenggara.
Jelas sekali setiap aksi pemain yang memakai jersi nombor 5 itu diperhatikan oleh peminat dan ramai yang menanti bila beliau bakal dihukum oleh pengadil perlawanan.
Bukan hanya penyokong Indonesia, bahkan penyokong Malaysia juga turut membenci Van Hau atas aksi keji yang beliau pamerkan ketika pertemuan kedua-dua pasukan di peringkat kumpulan sebelum ini.
Comedian #Klok from #Indonesia #AFFCup #AFFMitsubishiElectricCup #Asia #ShinTaeyong pic.twitter.com/apGiJgiaix
— Sơn Nguyễn Mạnh (@zedwithlov3) January 9, 2023
Selepas tamat aksi bertemu Vietnam semalam, para penyokong Indonesia masih tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan dan mempertikaikan aksi keji para pemain pasukan tuan rumah.
Walau bagaimanapun, penyokong Vietnam membalas semula kecaman dari penyokong Indonesia dengan berkongsi video bintang skuad Garuda berpura-pura disakiti walau beliau sebenarnya langsung tidak disentuh.
Di dalam video tersebut, terlihat bintang Indonesia, Marc Klok sedang mengawal Doan Van Hau ketika Vietnam sedang mengambil sepakan penjuru.
🇻🇳 After the victory over Indonesia in the semi-finals of the AFF Cup 2022, Vietnam ended 26 years without winning Indonesia at the AFF Cup simultaneously broke the curse once every 10 years, reaching the final of the AFF Cup.#AFF #AFFCup2022 pic.twitter.com/r2v8LGfa5S
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) January 9, 2023
Van Hau dilihat sekadar berdiri di hadapan Klok namun entah bagaimana, bintang Indonesia itu jatuh seolah-olah beliau baru ditumbuk oleh pemain pertahanan itu.
Sebaik Klok jatuh, Van Hau sendiri bingung memikirkan apa yang sedang berlaku dengan pemain Indonesia kemudiannya mula berkerumun di kawasan tersebut sebelum dileraikan oleh pengadil perlawanan.
Memandangkan Van Hau terkenal dengan aksi keji beliau yang sering berpura-pura disakiti walau beliau yang menyakiti, maka jelas sekali beliau mati kutu ketika berdepan situasi seperti itu.
Van Hau kemudiannya boleh menarik nafas lega selepas beliau ditolak oleh Rizky Kambuaya yang datang mahu mempertahankan rakan sepasukannya itu.
Walau beliau hanya ditolak sedikit sahaja, namun Van Hau memanfaatkan kesempatan itu untuk rebah dan turut sama berlakon bersama Klok.
🎦 #VIEvIDN 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧𝗦
🇻🇳 Vietnam 2⃣-0️⃣ Indonesia 🇮🇩
The final hurdle to the final was passed by Nguyen Tien Linh's brace ⚽️⚽️
#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/9AGCYIKaC2— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 9, 2023
Penyokong Vietnam menggunakan insiden tersebut sebagai modal untuk membahan kem Indonesia dengan mereka menganggap skuad Garuda itu juga turut bermain kotor dalam perlawanan tersebut.
Walau apa pun yang berlaku, perlawanan tersebut berjaya ditamatkan seperti biasa dan Vietnam sah layak ke perlawanan akhir selepas kejayaan mereka menewaskan Indonesia 2-0.