Piala AFF 2022: Aksi Longlai Malaysia Beri Peluang Buat Thailand Mara Ke Final

Hasrat Malaysia untuk melangkah ke final Piala AFF 2022 tersekat, selepas mereka ditewaskan oleh Thailand menerusi keputusan penuh 1-3 secara agregat di Stadium Thammasat.

Dalam aksi tersebut, pasukan kendalian Kim Pan-gon jelas tampil dengan mengecewakan selepas tuan rumah jelas mendominasi secara keseluruhan sepanjang aksi berlangsung.

Beberapa perubahan yang dibuat oleh Pan-gon pada perlawanan tersebut jelas dilihat tidak begitu menjadi, selepas banyak kesilapan dibuat oleh para pemain kebangsaan dan membuka ruang buat Thailand.

Skuad negara juga dilihat gagal untuk tampil dengan mentaliti yang kuat, setelah mereka mudah terperangkap dengan perang psikologi yang dibuat oleh pasukan tuan rumah.

Awal perlawanan menyaksikan kedua pasukan saling berbalas serangan dengan intesiti permainan agak perlahan ditampilkan menerusi bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Selepas lima minit perlawanan baik Thailand atau Malaysia, kedua pasukan masih belum dapat menghasilkan sebarang percubaan tepat ke arah gawang gol masing-masing.

Malaysia jelas tidak memberi sebarang ruang untuk pasukan tuan rumah mengawal bola dengan lebih lama, selain sesekali cuba mencipta serangan balas.

Selepas 10 minit perlawanan berlangsung, Thailand mula menguasai permainan dengan siri serangan berbahaya untuk cuba mendapatkan gol pertama perlawanan.

Thailand akhirnya mendapat gol pertama mereka pada minit ke-19 menerusi penyerang sensasi, Teerasil Dangda selepas beliau mendapat hantaran lintang daripada Theerathon Bunmathan untuk kembali menyamakan kedudukan secara agregat.

Pasukan pelawat jelas mengalami kesukaran sepanjang perlawanan berlangsung, selepas tiada lagi sebarang percubaan dapat dicipta untuk mendapatkan gol pendahuluan.

Darren Lok berjaya mendapatkan percubaan pertama buat negara untuk sekurangnya menguji penjag gol lawan dan memberi reaksi positif buat pasukan pelawat pada minit ke-36.

Separuh masa kedua menyaksikan beberapa pertukaran dibuat oleh kedua pasukan dengan Lee Tuck dan Ruventhiran dibawa masuk untuk memberi kestabilan dalam permainan.

Pasukan tuan rumah sekali lagi berjaya mendapatkan gol pendahuluan mereka, setelah sekali ini giliran Bordin Phala pula meledak jaringan pada minit ke-55 sekaligus meletakkan Thailand di hadapan.

Adisak Kraisorn terus menutup peluang buat skuad negara untuk melangkah ke final selepas jaringannya pada minit ke-71 mudah menewaskan Syihan Hazmi.

Keputusan perlawanan kekal dengan Thailand berjaya menepati ramalan untuk melangkah ke final menerusi keputusan penuh 3-0 dan secara agregat 3–1.

Kesebelasan utama

Thailand: Kampon Phatomakkakul (Penjaga gol), Sasalak Haiprakhon, Theerathon Bunmathan (Kapten), Pansa Hemviboon, Sarach Yooyen, Peeradol Chamrasamee, Teerasil Dangda, Bordin Phala, Kritsada Kaman, Suphanan Bureerat, Ekanit Panya

Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi Bin Mohamed (Penjaga gol), Muhammad Azam Bin Azmi Murad, Sharul Nazeem Bin Zulpakar, Dominic Tan Jun Jin, Mohamad Faisal Bin Abdul Halim (Kapten), Stuart John Wilkin, Darren Yee Deng Lok, Muhammad Fazly Bin Mazlan, Mohd Nor Hakim Bin Hassan, Muhammad Mukhairi Ajmal Bin Mahadi, Brendan Seng Ling Gan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN