Video: Lihat De Rossi Mahukan Insigne Dimasukkan, Siapa Kata Beliau Gila Kuasa?

Dalam perlawanan menentang Sweden awal pagi tadi Itali bergelut untuk mencari gol penyamaan aggregate.

Satu babak yang menarik di tepi padang apabila pembantu Ventura mengarahkan De Rossi memanaskan badan untuk dimasukkan.

De Rossi menolak untuk dimasukkan kerana bagi beliau Lorenzo Insigne lebih layak untuk dimasukkan. Pasukan Itali memerlukan gol dan bukannya memerlukan pemain tengah pertahanan.

Jorginho yang menggantikan De Rossi pula beraksi cemerlang di dalam padang. Sebelum ini Ventura menyatakan beliau tidak mahu menggunakan Insigne kerana tak sesuai dengan sistem 3-5-2. Insigne adalah penyerang sayap dalam sistem serangan bertiga.

Ramai pengulas di Itali mendesak Ventura untuk mencari sistem yang sesuai dengan Insigne untuk mendapatkan aksi terbaik daripada pemain yang sedang dalam prestasi terbaik ini.

Namun pembantu Ventura bertegas yang beliau menerima arahan bahawa, De Rossi harus melakukan ‘warm-up’.

Beliau berkata:

‘Kita sedang menuju ‘kiamat’ dan perlukan gol kemenangan. Jadi, tolong masukkan pemain penyerang. Kenapa pula saya yang kena masuk dan bukannya Insigne (menunjuk ke arah Insigne). Kita perlu menang bukan seri.”

Tidak lama selepas itu, penyerang Federico Bernardeschi pula yang dimasukkan bukannya Lorenzo Insigne. Itali tewas secara aggregate kepada Sweden. Ini adalah kali pertama dalam tempoh 60 tahu, Itali gagal ke Piala Dunia.

Tamat perlawanan, De Rossi memberitahu yang dia memang merasakan Insigne adalah pilihan yang lebih baik untuk masuk ketika itu. Itali sudah melakukan 2 pertukaran.

De Rossi juga mengumumkan persaraan beliau daripada arena antarabangsa dengan berkata:

“Itu adalah perlawanan terakhir saya untuk Itali.”

Aksi De Rossi ini jelas menepis mulut-mulut yang menuduh De Rossi adalah pemain yang gila kuasa dan menyebabkan pemain lain sukar untuk bermain di padang.

Beliau jelas meletakkan pasukan sebagai keutamaan. Tidak ada isu mahu bermain setiap perlawanan dan menggunakan tiket senioriti untuk menjadi pemain regular.

De Rossi direhatkan selepas tidak berada dalam prestasi terbaik. Dan Jorginho jelas berjaya membuktikan beliau mampu menggantikan De Rossi.

Beliau meminta maaf jika kelakuannya menyinggung mana-mana pihak.

“Maaflah jika kelakuan saya menyinggung mana-mana pihak. Saya bukanlah nak jadi orang yang mengatur taktikal. Prof (Ventura) seorang yang hebat. Reaksi saya spontan dan merasakan lebih baik Insigne yang masuk ketika itu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN