Quantcast

BERITA

Gopi Cari Pasukan Yang Beri Peluang Beraksi Dengan Sekerap Mungkin

Walaupun jodoh pemain sayap, R Gopinathan bersama kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya bertahan semusim saja tetapi beliau tidak kecewa apabila terpaksa meninggalkan kelab itu.

Malah, bekas pemain Pahang dan Selangor itu menganggap ia tetap pengalaman berharga sekali pun jarang beraksi sepanjang bersama juara Liga Super dan Piala Malaysia 2017 itu.

“Bohonglah jika saya kata tidak kecewa terpaksa meninggalkan JDT selepas hanya semusim bersama pasukan itu. Apatah lagi sepanjang di sana saya lebih banyak duduk di bangku simpanan.

“Kalau boleh saya mahu terus menimba pengalaman bersama kelab itu serta cuba merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Namun, saya perlu menerima hakikat, persaingan dalam pasukan itu begitu hebat. Mungkin saya belum cukup bagus untuk bersaing dengan pemain lain.

“Memang saya kecewa tidak dapat bermain dengan lebih kerap, tetapi tidak sekali-kali menyesal menyertai JDT kerana banyak perkara positif saya dapat sejak menyertai kelab itu.

“Antaranya saya dapat berlatih dengan kemudahan yang serba lengkap serta mengutip pengalaman bersaing dengan pemain hebat,” kata Gopi kepada berita harian.

Gopi adalah antara tiga pemain yang digugurkan oleh JDT setakat ini bagi menghadapi  saingan liga super musim depan melalui pengumuman dari laman facebook rasmi kelab JDT. Nasib sama turut menimpa Azamuddin Akil dan S.Chanturu.

TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA BUAT AZAMMUDDIN AKIL, R.GOPINATHAN DAN S. CHANTURUKami ingin mengucapkan terima…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, November 11, 2017

Pada musim 2016, Gopi bersama Selangor dan selepas semusim bersama The Red Giants, dia menyambut tawaran untuk menyarung jersi skuad Harimau Selatan.

Bagaimanapun, pemain sayap itu gagal menyerlah dan hanya tampil beraksi penuh 90 minit ketika perlawanan Piala AFC menentang kelab Myanmar, Magwe FC yang menyaksikan Gopi menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 1-1.

Secara keseluruhan, Gopi hanya beraksi dalam lima perlawanan, tiga dalam saingan Piala AFC serta dua dalam Liga Super dengan jumlah tempoh keseluruhan berada di dalam padang adalah 286 minit.

Gopi juga mengakui ingin menyertai pasukan yang mampu beri peluang kepadanya untuk berada dalam kesebelasan utama sekerap mungkin.

“Saya ingin menyertai pasukan yang dapat memberi peluang bermain sekerap mungkin untuk mengembalikan prestasi,” katanya.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!