Quantcast

BERITA

Ryan Giggs Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal Akademi Bola Sepak Vietnam

Bekas pemain Manchester United, Ryan Giggs dilantik untuk memegang jawatan penting dalam akademi bola sepak Vietnam. Beliau menandatangani kontrak selama 2 tahun untuk memegang jawatan baru dalam Promotion Fund of Vietnamese Football Talents (PVF) bermula pada 20 November ini.

Namun begitu, jawatan beliau bukanlah sepenuh masa tetapi beliau akan melawat akademi dalam beberapa hari 2 kali setahun termasuk upacara pembukaan akademi minggu ini.

“Mereka cuma membina sebuah akademi bola sepak dengan jenama baru, saya dan Scholes akan melihat akademi itu selama 3 hari untuk berunding mengenai potensi kerjasama dengan Salford di masa hadapan.

“Kami mahu membina akademi dan sebuah universiti yang mempunyai kerjasama dengan pelbagai akademi terbaik dunia. Ia akan menjadi fasiliti terhebat dan mengagumkan,” katanya.

Akademi bola sepak Vietnam (PVF)

Giggs sebelum ini dikaitkan dengan jawatan jurulatih daripada beberapa kelab Liga Perdana Inggeris berbekalkan pengalamannya menjadi pembantu jurulatih di Manchester United pada tahun 2014 dan baru-baru ini menyatakan minat untuk membimbing Leicester City dan Everton.

Giggs was assistant manager to Louis van Gaal at Manchester United

Giggs pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Louis Van Gaal

Menurut kenyataan rasmi daripada akademi tersebut, legenda Manchester United yang berusia 43 tahun itu akan bertanggungjawab dalam memilih pemain, melatih para jurulatih dan terlibat dalam pembangunan PVF untuk menjadi pusat pembangunan bola sepak terbaik di Vietnam dengan kerjasama akademi terkemuka dari seluruh dunia.

Bekas rakan sepasukan Giggs, Paul Scholes turut dikaitkan dengan jawatan di akademi tersebut.

Kedua-duanya akan hadir dalam upacara pembukaan rasmi akademi tersebut pada bulan ini.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!