Video: Lihat Aksi Cristiano Ronaldo Menentang Juventus

Cristiano Ronaldo adalah pemain yang sentiasa boleh diharapkan dalam perlawanan besar terutama sekali dalam intensiti seperti di Turin awal pagi tadi.

Ronaldo sekali lagi menunjukkan kelas beliau di dalam padang dengan aksi efektif dan juga gol luar akrobatik.

Berbeza sekali karakter beliau dengan pemain yang kita lihat ketika beliau bersama Man. United dan juga ketika beberapa musim awal dengan Real Madrid.

Dengan usia beliau yang sudah semakin lanjut, Ronaldo bukanlah pemain yang terlalu banyak melakukan step over seperti dahulu.

Beliau sendiri mengakui, fokus utama beliau kini adalah kepada ruang dan gol. Beliau tahu di mana untuk menunggu bola dan naluri untuk menjangka (anticipate) di mana bola akan tiba.

Dalam erti kata lain, beliau melakukan tugasan no.9 dengan sangat baik seperti mana beliau beroperasi di bahagian sayap songsang (inverted winger).

Dalam perlawanan menentang Juventus awal pagi tadi beliau sekali lagi bermain sebagai no.9 kembar dengan Karim Benzema.

Posisi yang sudah banyak kali beliau bermain selepas beberapa aspek teknikal seperti kelajuan dan kelincahan beliau sedikit menurun.

Berikut adalah beberapa rekod yang beliau cipta dalam UCL setakat ini.

Bukan mudah untuk beliau mengekalkan aksi pada peringkat tertinggi. Namun beliau sentiasa mampu untuk menggalas tugasan tersebut.

Beliau menjaringkan 2 gol dan 1 bantuan gol dalam perlawanan ini. Pemain terbaik perlawanan pilihan tanpa perlu kita fikir panjang.

Ini adalah statistik Ronaldo dalam perlawanan menentang Juventus.

Jom saksikan rangkuman aksi beliau dalam perlawanan suku akhir pertama UCL di mana Real Madrid menang 3-0 di tempat lawan ke atas Juventus.

https://twitter.com/BTLComps/status/981292635171295232

Saksikan juga detik di mana penyokong Juventus dan Real Madrid bertepuk tangan menghargai momen genius oleh Ronaldo.

Dan Ronaldo meghargainya dengan menunjukkan reaksi terima kasih kepada penyokong Juventus.

Chiellini sendiri terkejut apabila melihat penyokong di Turin berdiri untuk bertepuk tangan kepada pemain lawan.

“Apa yang Ronaldo lakukan hari ini akan menjadi bualan berdekad-dekad lamanya. Saya tidak pernah mendengar penyokong di Turin memberikan tepukan kepada pemain pasukan lawan sehingga malam ini. Bagi saya, dia adalah pemain terbaik di dalam sejarah.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN