FAS Pilih Nazliazmi Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Selangor

Bekas penolong jurulatih kepada P. Maniam, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir dipilih oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sebagai ketua jurulatih Selangor bagi menggantikan P Maniam yang direhatkan pada 14 Mac lalu.

Sebelum ini bekas penyerang Selangor, Rusdi Suparma dikatakan bakal kembali untuk mengisi kekosongan itu ditawarkan kontrak sebagai penolong jurulatih.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pengurus pasukan, Datuk Abdul Rauf Ahmad kepada Berita Harian semalam.

“Kami membuat keputusan untuk melantik Nazliazmi kerana beliau menunjukkan keserasian bersama pemain ketika menjadi jurulatih sementara. Kita boleh lihat perubahan daripada segi taktikal, semangat serta beliau mempunyai karakter.

“Saya fikir tidak ada masalah untuk Rusdi menjadi penolong jurulatih kepada Nazliazmi memandangkan mereka pernah bekerjasama ketika membimbing skuad Piala Presiden Selangor. Nazliazmi dan Rusdi masih muda, pernah bersama Selangor, anak jati Selangor, jadi kita berharap elemen ini akan melonjakkan lagi pasukan Selangor,” katanya.

Gambar: FA Selangor

Rauf turut mengesahkan Rusdi Suparman akan menandatangani kontrak sebagai penolong jurulatih selepas 7 April ini.

Ini berikutan Rusdi masih mempunyai kontrak sebagai penolong jurulatih Kuantan FA.

“Rusdi ada masalah pembayaran gaji dengan Kuantan FA, tapi selepas 7 April ini, akan genap tiga bulan beliau tidak menerima gaji maka mengikut peraturan, beliau bebas untuk menandatangani kontrak dengan pasukan lain,” jelas Rauf.

Bulan lalu Nazliazmi berjaya membimbing pasukan Selangor mara ke peringkat suku akhir shopee Piala FA selepas menewaskan Terengganu FC, 3-1 di pusingan ketiga.

Selangor dijadualkan bertemu Kuala Lumpur untuk aksi suku akhir pertama Shopee Piala FA pada hari Sabtu ini dan tekad lakar kejutan untuk mara ke peringkat separuh akhir.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN