Ibrahimovic: “Cantik Gol Itu, Tetapi Dia Harus Cuba Dari Jarak 40 Meter”

Cristiano Ronaldo melakukan sepakan gunting untuk menjaringkan gol cantik ketika di Turin. Ronaldo menjaringkan 2 gol dalam kemenangan 3-0 Real Madrid ke atas Juventus di Turin.

Kemenangan tersebut kini meletakkan Real Madrid dalam landasan terbaik untuk mara ke separuh akhir UCL sekali lagi. Real Madrid adalah juara bertahan 2 musim berturut-turut UCL.

Seluruh dunia hari ini bercerita tentang gol tersebut termasuk nama-nama besar dalam bola sepak.

Bos Juventus, Max Allegri menyifatkan jaringan itu harus diberikan tepukan walaupun siapa anda. Penyokong-penyokong di Turin bertepuk tangan menghargai gol Ronaldo.

https://twitter.com/FourFourTweet/status/981386562268225536

Cristiano Ronaldo sendiri terkejut dengan detik beliau mendapat tepukan di Turin. Barzagli pula menganggap ia adalah gol yang akan diingati untuk tempoh yang lama.

Apabila bercerita tentang gol daripada sepakan gunting, sudah pastinya nama Ibrahimovic terlintas di dalam kepala kita.

Zlatan Ibrahimovic sudah pastinya tertarik dengan jaringan tersebut. Beliau memuji gol Cristiano Ronaldo tersebut dan menganggap ia jaringan yang cantik.

Zlatan Ibrahimovic mencadangkan agar Ronaldo cuba melakukannya dari jarak 40 meter. Kami percaya, Ibrahimovic merujuk kepada gol daripada libasan gunting dari tengah padang beliau ketika menentang England.

Zlatan Ibrahimovic kini beraksi untuk LA Galaxy di Amerika Syarikat. Beliau menjadi inspirasi kebangkitan LA Galaxy dalam penampilan debut beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN