[VIDEO]: Lihat Aksi ‘Bersahaja Penuh Gaya’ Calon Pembantu Kim Pan-gon, Nafuzi Zain Ketika Sesi Latihan TFC

Nafuzi Zain TFC aksi bersahaja penuh gaya sesi latihan

‘Timing’ dan ketepatan hantaran penuh bergaya pengendali, Nafuzi Zain kepada pemain Terengganu FC (TFC) dipercayai pemain import baharu mereka, Luke Woodland ketika sesi latihan telah mendapat perhatian ramai.

Ternyata pengendali berusia 43 tahun itu masih memiliki ‘instinct’ dan sentuhan mantap. Jadi, sememangnya beliau layak dikatakan antara pengendali muda yang sentiasa mendapat perhatian termasuklah skuad negara.

Beliau baru sahaja menafikan mengenai khabar beliau berminat dengan jawatan pembantu jurulatih Harimau Malaya kepada Astro Arena walaupun hangat dikaitkan bakal bersama pengendali baharu, Kim Pan-gon.

Ujarnya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, “Saya tidak pernah hantar atau menerima apa-apa permohonan daripada FAM [Persatuan Bolasepak Malaysia] untuk pikul tugas selaku pembantu Ketua Jurulatih Harimau Malaya. Komitmen saya ketika ini adalah bersama Terengganu.” Jelas, beliau tidak berminat.

Selain Nafuzi Zain, terdapat beberapa pengendali muda yang menyerlah di saingan Liga Malaysia (Liga M) antaranya termasuklah Nidzam Jamil. Namun, tidak dapat dipastikan, siapa yang akan bersama Kim Pan-gon.

Nafuzi Zain sememangnya memiliki sentuhan unik bersama TFC dengan kejayaan mencipta gaya permainan tersendiri mereka yang dikenali sebagai ‘NafuziBall’. Beliau juga diketahui memiliki hubungan akrab dengan barisan pemainnya sehingga menjadikan Terengganu sebagai antara pencabar utama kejuaraan Liga Super.

Taktikal ‘NafuziBall’ Kini Jadi Sebutan

Mengambil alih daripada mentornya, Irfan Bakti di pertengahan musim 2019, Nafuzi Zain telah membawa mereka hampir tiga tahun. Sepanjang tempoh itu, Sang Penyu dilihat semakin bertambah baik dan pemain-pemain muda yang diketengahkannya semakin matang. Mungkin musim 2022 akan jadi musim terbaik?

Walaupun melalui dua musim penuh sebagai pengendali dalam usia yang muda, beliau telah berjaya membawa pasukan ke kedudukan ketiga dan ke-4 Liga Super dan mara sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia 2021.

Tanpa pemain bintang dan dibarisi pemain-pemain muda, beliau masih mampu gapai pencapaian sejauh itu.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Bekas kapten Terengganu, Lee Tuck dilihat pernah memuji pengendalinya itu dengan berkata beliau tak terkejut pengikut Liga M sering bercakap tentang TFC. Ujarnya, “Saya tak terkejut melihat orang mula bercakap-cakap mengenai mutu bola sepak kami. Mereka patut bercakap mengenainya kerana ianya cukup menghiburkan.”

“Kualiti bola sepak yang ditunjukkan adalah cukup mantap dan itulah yang kita mahu saksikan di Malaysia. Nafuzi Zain bukan sekadar membawanya kepada pasukan Terengganu tetapi turut mempersembahkan kepada Malaysia,” tambah calon naturalisasi Sri Pahang FC itu lagi yang bercakap kepada The Star pada Mac 2020.

Malah, penyerang baharu, Kpah Sherman yang berhijrah dari Kedah Darul Aman FC turut mengakui teruja untuk bekerja dengannya. Ujarnya kepada The Star, “Coach Nafuzi sukakan pernguasaan permainan dengan hantaran dan pergerakan yang banyak. Itu sangat bagus kerana saya akan miliki banyak peluang untuk meledak gol.”

“Saya harap akan muncul sebagai penjaring terbanyak liga dan membantu pasukan tampil baik dalam semua pertandingan,” jelas Kpah Sherman lanjut mengenai misinya bersama Terengganu kendalian Nafuzi Zain.

Jom lihat aksi bersahaja penuh gaya Nafuzi Zain mengembalikan hantaran pemain TFC di Instagram TFC ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN