‘Perhitungan Liverpool’ – Salah, Mane Bakal ‘Berperang’ Di Final AFCON

Salah Mane Liverpool AFCON

Mohamed Salah akan bertemu rakan sepasukannya di Liverpool, Sadio Mane selepas memastikan Mesir menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) apabila menewaskan tuan rumah Cameroon menerusi penentuan sepakan penalti.

Salah bagaimanapun tidak sempat untuk mengambil sepakan selepas Cameroon hanya menyudahkan satu daripada empat sepakan penalti. Penjaga gol Mesir Mohamed Abou Gabal ‘Gabaski’ muncul wira apabila berjaya menghalang dua percubaan untuk mengesahkan kemenangan pasukannya.

Mesir kini sedang mengintai untuk melebarkan rekod kejuaraan mereka kepada lapan kali menjelang pertemuan dengan Senegal yang menang 3-1 ke atas Burkina Faso dalam satu lagi perlawanan separuh akhir yang berlangsung pada Rabu.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Namun mereka akan beraksi di final tanpa ketua jurulatihnya, Carlos Queiroz yang digantung selepas menerima kad merah kerana provokasinya terhadap pengadil pada separuh masa kedua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN