Borussia Dortmund melengkapkan sesi jelajah Asia mereka dengan turun beraksi bertemu skuad kebangsaan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh malam semalam.
Gergasi Bundesliga itu terpaksa akur dengan kehebatan Vietnam selepas mereka tewas 2-1 di tangan skuad kendalian Park Hang-seo itu.
Pemain penyerang Dortmund, Donyell Malen membuka tirai jaringan untuk kelab dari Jerman itu, sebelum Nguyen Tien Linh menyamakan kedudukan pada minit ke-36 permainan.
Perlawanan tersebut sepertinya bakal berakhir dengan keputusan seri 1-1 namun Phan Tuan Hai muncul wira meledak gol kemenangan pasukan tuan rumah menerusi sudut sepakan penalti pada minit ke-90 permainan.
Ia satu kemenangan yang sangat menakjubkan untuk skuad Vietnam kerana berjaya untuk menewaskan gergasi Eropah seperti Borussia Dortmund.
Kekuatan luar biasa dasyat Meyer yang mengakibatkan palang gol tercabut
Satu hal yang paling mencuri tumpuan dari perlawanan ini adalah aksi ketika penjaga gol Borussia Dortmund, Alexander Meyer menunjukkan kekuatan beliau yang sungguh luar biasa menakjubkan.
The Vietnam national team clinch a late win ⏹ pic.twitter.com/w6hvgHPzyh
— Borussia Dortmund (@BlackYellow) November 30, 2022
Penjaga gol dari Jerman itu melompat-lompat di dalam gawangnya sambil menyentuh palang gol yang mana ia rutin kebiasaannya penjaga gol lakukan sebelum berdepan sepakan penalti.
Meyer melompat sambil menyentuh palang gol dan mungkin kerana lompatan beliau agak tinggi dan tangannya agak kuat, maka palang gol tersebut terpisah dari tiang gol.
Jelas kelihatan yang palang tersebut tercabut sedikit dan terpaksa disambungkan semula untuk meneruskan permainan.
Meyer juga turut mempamerkan aksi persembahan yang sangat menarik walau beliau gagal menghalang Vietnam dari merobek gawang golnya dalam perlawanan ini.
🟡⚫️ BVB'S ASIAN TOUR 2022
FT: Vietnam 🇻🇳 2️⃣-1️⃣ 🇩🇪 Borussia Dortmund
⚽️ Goal:
🔴 Tien Linh 36', Tuan Hai 90'
🟡 Malen 13'#BVB #VFF pic.twitter.com/H5R20pEvPS— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 30, 2022
Borussia Dortmund tidak turun dengan skuad terbaik mereka kerana beberapa pemain utama seperti Jude Bellingham, Niklas Süle, Julian Brandt dan Thorgan Hazard kini sedang berada di Qatar untuk beraksi di pentas Piala Dunia.
Marcos Reus dan Dahoud sementara itu tak dapat diturunkan kerana mereka sedang menjalani rawatan selepas masing-masing dibelenggu masalah kecederaan.
Dortmund walau bagaimanapun tetap menurunkan tiga bintang terbaik mereka seperti Hummels, Schulz dan Emre Can dalam perlawanan ini.
Aksi bertemu Vietnam merupakan aksi perlawanan persahabatan ketiga Borussia Dortmund sepanjang rehat Piala Dunia ini.
Crossbar malfunction causing 5 minute delay right before game winning penalty | Vietnam v Dortmund
Reddit: Meladroite pic.twitter.com/tYYlEF4CK1
— World Football Club (@WorldFootballCl) December 1, 2022
Dortmund berjaya membelasah Lion City dari Singapura dengan keputusan 7-2 dan mereka juga turut cemerlang menewaskan juara quadruple Malaysia, Johor Darul Ta’zim dengan keputusan 4-1.
Saingan Bundesliga akan kembali bersambung pada Januari nanti dengan Dortmund kini berada di kedudukan keenam carta liga selepas mengumpul 25 mata dari 15 perlawanan.