VIDEO: Jaringan Jarak Jauh Yang Menarik Dihasilkan Angel Gomes

Angel Gomes
Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Loading official content
Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers'
Jose Mourinho turned up the heat ahead of Thursday night's Ibrox showdown by insisting that Fenerbahce are a better team than Rangers.
0 seconds of 1 minute, 17 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield
01:27
00:00
01:17
01:17
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Angel Gomes yang dipinjamkan ke Boavista dari Lille meneruskan prestasi cemerlangnya apabila berjaya menjaringkan gol sulung dalam kempen Primeira Liga Portugal 2020/21 ketika terikat 1-1 bertemu Moreirense, semalam.

Jaringan pendahuluan yang dihasilkan pada minit kesembilan perlawanan itu bagaimanapun berjaya disamakan pemain tuan rumah, Fabio Abreu pada minit ke-65 menerusi sepakan penalti.

Gomes yang merupakan produk akademi Manchester United dan turut pernah berpeluang beraksi dalam dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu jelas mencuri tumpuan susulan jaringan menarik dihasilkannya.

Melihat Mateus Pasinato sudah berada sedikit luar daripada posisinya, pemain berusia 20 tahun itu terus melakukan rembatan dari tengah padang yang hanya mampu dipandang penjaga gol utama pasukan tuan rumah tersebut.

Jaringan menarik itu kemudiannya tular di media sosial terutamanya Twitter dan ada juga penyokong setia Manchester United mahukan Jesse Lingard turut menyinar seperti Gomes.

Kehadiran Gomes nyata memberikan nilai tambah yang cukup berguna buat Boavista selepas mengharungi tiga perlawanan liga apabila pemain kelahiran London itu turut cemerlang dalam mencipta tiga bantuan jaringan pada aksi sulung bertemu Nacional.

Gomes yang bersama Akademi Manchester United sejak 2006 meninggalkan The Red Devils pada Ogos lalu untuk menyertai Lille dengan kontrak selama lima tahun sebelum beliau kemudiannya dipinjamkan ke Boavista untuk mengharungi musim 2020/21.

Selepas mengharungi tiga perlawanan, Boavista menghuni tangga ke-13 selepas mengumpul dua mata hasil keputusan seri bertemu Moreirense dan Nacional manakala tumpas 0-5 kepada FC Porto.

Kredit featured image: Boavista Futebol Clube

Baca artikel lain dari kami mengenai Angel Gomes dan Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN