EPL 2020/21: Chelsea Raih Kemenangan Bergaya, Tundukkan Crystal Palace 4-0

Chelsea

Chelsea kembali di landasan kemenangan dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 apabila berjaya membelasah Crystal Palace 4-0 pada aksi yang berlangsung di Stamford Bridge, sebentar tadi.

Ben Chilwell yang turun buat pertama kali dalam saingan liga bersama The Blues menjadi watak penting dalam merintis kemenangan bermakna ini setelah beliau meletakkan nama selaku penjaring dan turut mencipta satu bantuan gol.

Tiada jaringan terhasil pada separuh masa pertama walaupun skuad bimbingan Frank Lampard itu mendominasi sebahagian besar aksi 45 minit pertama dan hanya mampu menjelmakan dua percubaan tepat ke arah pintu gol skuad pelawat.

Mendapat tonik yang cukup berguna di bilik persalinan, Chelsea terus memperkemaskan aksi dan kemudiannya berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-50 menerusi Chilwell.

Berpunca daripada hantaran dalam kawasan penalti dilakukan Cesar Azpilicueta telah memberikan ruang buat Chilwell yang tidak dikawal pemain pertahanan Crystal Palace untuk meledakkan rembatab padu bagi menewaskan Vicente Guaita.

Jaringan tersebut jelas meningkatkan moral anak buah Frank Lampard yang berterusan memberikan asakan untuk menambah jaringan. Jentera pertahanan mereka yang diketuai Thiago Silva juga begitu tenang mengekang asakan cuba dilakukan Palace.

Kurt Zouma menggandakan kelebihan buat Chelsea pada minit ke-66 apabila beliau berjaya menanduk masuk hantaran lintang dari sebelah kanan pintu gol Crystal Palace yang dilakukan Chilwell.

Masih tidak cukup dengan dua jaringan tersebut, Jorginho menambah gol ketiga menerusi sepakan penalti yang dihadiahkan pada minit ke-78.

Asakan bertali-arus yang dilancarkan Chelsea mengakibatkan jentera pertahanan Crystal Palace berada dalam keadaan tertekan dan ia menjurus kepada kesilapan Mamadou Sakho mengasari Kai Havertz dalam kawasan penalti untuk memberikan satu lagi sepakan penalti.

Jorginho tidak melepaskan peluang kedua yang diberikan kepadanya untuk menyudahkan sepakan tersebut sekali gus membolehkan kem Chelsea melangkah keluar dari Stamford Bridge dengan kemenangan selesa.

Kredit featured image: Mike Hewitt/Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN