Nike dan Brazil memang tak dapat dipisahkan. Anda pastinya masih ingat zaman di mana Nike aktif menghasilkan video yoga bonito, ramai sekali bintang-bintang bola sepak Brazil terlibat.
Sempena Piala Dunia 2018, Nike menghasilkan satu iklan khas menggunakan bintang-bintang Piala Dunia mereka termasuk Coutinho, Willian, Thiago Silva, Neymar dan ramai lagi.
Iklan tersebut dimulakan di bilik persalinan dengan persoalan, adakah Brazil masih seperti dahulu?
Coutinho melakukan nutmeg kepada Willian, satu mesej jelas pasukan ini masih lagi samba seperti dahulu, yang menggemari maneuver seperti itu dan menikmatinya.
Selain itu, Ronaldo fenomeno juga turut muncul dalam iklan yang berdurasi seminit dan 37 saat itu.
Pada akhir iklan tersebut, seorang kapten cilik pasukannya memberitahu nilai jersi berwarna kuning tersebut, serta menyatakan yang Brazil sudah bersedia.
https://youtube.com/watch?v=Vm-avsAjrIo