PSG Dikhabarkan Tawar Jawatan ‘Besar’ Buat Arsene Wenger?

Adakah gandingan Arsene Wenger dan Thomas Tuchel di Paris Saint-Germain (PSG) bakal diumumkan dalam masa terdekat selewat-lewatnya dua minggu lagi?

Itu cumalah ura-ura apa yang bakal berlaku sekiranya bekas pengurus Arsenal itu menerima ‘tawaran’ daripada PSG untuk menjadi Pengarah Sukan kelab tersebut.

Agak ironi kerana Arsene Wenger tidak pernah sukakan jawatan Pengarah Sukan ataupun Pengarah Bola Sepak ketika beliau menjadi pengurus Arsenal.

Namun beliau sudah pastinya mampu menggalas tugas tersebut kerana beliau mengendalikan kesemua tugasan berkaitan Pengarah Sukan dalam tugasan beliau.

Tuchel baharu sahaja dilantik menggantikan Unai Emery pada Mei lalu dengan kontrak selama 2 tahun dan disebabkan itulah, Wenger dikhabarkan akan ditawarkan jawatan lain.

Wenger telah menyatakan bahawa dia memerlukan masa untuk memikirkan samaada mahu meneruskan karier sebagai pengurus atau menerima cabaran baharu selepas ini.

psg
Foto: FourFourTwo

Rancangan TV Perancis, Telefoot ada bertanyakan kepadanya mengenai perkara ini dan Wenger memaklumkan segalanya akan diselesaikan dalam masa dua minggu lagi.

“Adakah saya masih berkeinginan untuk menjadi pengurus? Soalan ini yang saya akan jawab dalam masa dua minggu lagi,” kongsinya kepada Telefoot yang disiarkan The Times.

“Adakah saya masih mahu meletakkan diri saya dalam satu lagi cabaran gila? Saya belum tahu lagi. Ia adalah tugas yang memerlukan komitmen tinggi,” ujarnya lagi.

“Saya perlu jarakkan diri sedikit, sesuatu yang tak pernah saya lakukan sebelum ini. Saya mahu lihat sejauh mana saya rindukannya (bola sepak),” tambah Wenger.

Wenger menghambakan dirinya sebagai pengurus selama 34 tahun dan telah bersama Arsenal sepanjang 22 tahun, lebih separuh daripada tempoh karier pengurusannya.

Apa yang pasti adalah Wenger tidak akan berada dalam saingan di Liga Premier Inggeris (EPL) lagi. Ini memungkinkan penghijrahannya kembali ke ‘kampung halamannya’ itu.

Selain itu, terdapat juga khabar angin yang menyatakan bahawa pengurus berusia 68 tahun itu adalah antara calon-calon yang sedang dipertimbangkan oleh Real Madrid.

Hingga kini, Wenger dilihat masih belum membuat keputusan pasti mengenai langkah seterusnya selepas meninggalkan Arsenal pada penghujung musim lalu.

psg
Foto: ZSOFI ZSARNAI

Malah, Wenger dilihat sedang berehat dan menikmati cuti bersama keluarga dan rakan-rakannya dengan menaiki bot di sungai berdekatan Cambridge selama hampir sejam.

Pengurus Let’s Go Punting, Trevor Monk yang menemani Wenger sepanjang perjalanan botnya itu mendedahkan Wenger langsung tidak bercerita mengenai perancangannya selepas ini.

Selain Wenger, nama Ralf Ragnick juga di dalam radar PSG untuk jawatan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN