Rusia 2018: Pegawai DFB Ini Beritahu Neuer Boleh Ke Piala Dunia

Pegawai perhubungan media DFB Jens Grittner memberitahu BILD bawaha Manuel Nuer boleh bersama-sama dengan pasukan Jerman ke Piala Dunia Rusia.

Neuer menyertai pasukan Jerman dalam perlawanan persahabatan menentang Austria. Selepas perlawanan tersebut, satu laporan khas disediakan hasil daripada beberapa ujian ke atas fizikal Manuel Neuer. Grittner berkata:

“Saya boleh beritahu anda, selepas perancangan sekian lama, satu ujian akhir dilakukan ke atas Neuer. Hasil daripada pandangan pakar perubatan kami, semuanya positif.”

Jadi beliau kini hanya memerlukan keputusan akhir di tangan Joachim Loew sama ada akan menyertakan nama Manuel Neuer dalam pasukan juara bertahan tersebut.

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 02: Joachim Loew, coach of Germany gives his team instructions during the FIFA Confederations Cup Russia 2017 Final between Chile and Germany at Saint Petersburg Stadium on July 2, 2017 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Alex Grimm – FIFA/FIFA via Getty Images)

Manuel Neur berhadapan dengan kecederaan kritikal dan berehat panjang. Beliau sentiasa berharap untuk pulih sebelum Piala Dunia.

Dengan kenyataan daripada Grittner ini, ianya sudah pasti berita gembira kepada peminat Jerman. Walaupun Neuer mungkin tidak dijamin secara automatik terus menjadi penjaga gol utama.

Sepanjang ketiadaan Neuer, Ter Stegen telah menunjukkan aksi cemerlang musim ini sama ada dengan pasukan kebangsaan dan juga di kelab beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN