Bekas Pemain Kelantan Dan Negeri Sembilan Tersenarai Dalam Skuad Piala Dunia Australia

Federasi Bolasepak Australia (FFA) semalam telah mengumumkan senarai rasmi 23 pemain akhir yang akan mewakili negara itu di kejohanan Piala Dunia minggu depan.

Daripada 23 pemain itu, 2 nama pemain yang beraksi di posisi tengah dan serangan skuad itu sangat dikenali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Mereka ialah Dimitri Petratos dan Andrew Nabbout.

Dimitri Petratos adalah bekas pemain import pasukan Kelantan pada tahun 2012 hingga 2013 manakala Andrew Nabbout pernah beraksi dengan pasukan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Premier pada tahun 2016.

Ketika Petratos bersama dengan pasukan Kelantan, kelibat beliau hanya boleh dilihat dalam saingan Piala AFC sahaja. Hal ini kerana peraturan Liga Malaysia ketika itu hanya membenarkan pengambilan dua pemain import sahaja.

Walaupun Petratos hanya bermain di saingan Piala AFC, beliau berjaya menjaringkan 4 gol dalam tujuh perlawanan dengan kelantan. Malah, beliau berjaya membantu skuad The Red Warriors itu mara ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada kelab Hong Kong, Kitchee FC.

Dimitri Petratos berada dalam kesebelasan utama Kelantan ketika saingan Piala AFC. FOTO: TRW.com

Selepas dilepaskan Kelantan, Petratos kembali ke Australia menyertai kelab A-League Brisbane Roar selama 4 tahun dan turut menandatangani kontrak dengan Newcastle Jets selama 3 tahun pada Januari 2017.

Prestasi mantap yang dipamerkan oleh beliau dalam saingan A-League telah menarik perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan Australia, Bert Vam Marwijk.

Petratos akhirnya membuat penampilan pertama dengan skuad Socceroos ketika perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Norway. Beliau diletakkan di posisi sayap kiri dan bermain selama 74 minit sebelum digantikan dengan Robbie Kruse.

Aksi Petratos ketika mewakili Australia dalam perlawanan persahabatan menentang Norway.

Seorang lagi pemain yang pernah mewarnai saingan Liga Malaysia iaitu Andrew Nabbout beraksi dalam 12 perlawanan bersama Negeri Sembilan FA dan menjaringkan 8 gol pada musim 2016.

Namun selepas itu, jodoh beliau bersama Negeri Sembilan tidak berpanjangan apabila disingkirkan di pertengahan musim bagi memberikan ruang untuk pemain import baharu memperkuatkan skuad Hoben Jang Hoben itu.

Aksi Nabbout ketika bersama pasukan Negeri Sembilan beraksi dalam saingan Liga Premier.

Beliau kemudian kembali ke Australia, menyertai skuad Newcastle Jets dan pada musim pertama, Nabbout membalas kepercayaan kelab itu dengan menjaringkan 8 gol daripada 24 penampilan.

Pada musim 2017, beliau terus cemerlang beraksi untuk skuad The Jets apabila merekodkan 10 gol dari 22 penampilan serta 7 assist. Jumlah gol itu membolehkan beliau berada dalam dikedudukan ke 5 senarai penjaring terbanyak A-League dan dikedudukan ke 4 senarai pemain paling banyak melakukan assist.

Nabbout kini merupakan pemain skuad kebangsaan Australia.

Prestasi memukau Nabbout dalam saingan A-League telah mencuri tumpuan pasukan juara AFC Champions League 2017, Urawa Red Diamonds yang terus menghubungi pihak Newcastle Jets berkenaan yuran perpindahan dan gaji Nabbout. Pihak pengurusan The Jets, telah bersetuju untuk melepaskan Nabbout dengan nilai AUD500,000.

Impian Nabbout untuk beraksi di Piala Dunia akhirnya menjadi kenyataan apabila mendapat panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan Australia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN