VIDEO: Hatrik Aguero Bantu City Belasah Chelsea Di Etihad

Sergio Aguero sekali lagi menjadi wira Manchester City apabila menjaringkan hatrik, sekaligus membantu membelasah Chelsea 6-0.

Kemenangan d Etihad itu turut memastikan skuad kendalian Pep Guardiola kembali memintas Liverpool untuk menerajui Liga Perdana Inggeris -dengan satu perlawanan lebih dimainkan.

Perlawanan mudah

Agak mengejutkan kerana City melakukan kerja mereka dengan mudah dalam perlawanan ini. Pemenang seolah-olah sudah diketahui hanya selepas 25 minit perlawanan berlangsung.

Mendahului 4-0 pada ketika itu, ia bagaikan mengembalikan kisah tragis Chelsea yang pernah dibelasah Nottingham Forest pada April 2017.

(Photo by Alex Livesey – Danehouse/Getty Images)

Amukan City bermula seawal minit ke-4, setelah barisan pertahanan Chelsea diperangkap oleh sepakan percuma pantas Kevin De Bruyne sebelum disempurnakan oleh Raheem Sterling di far post.

Minit ke-13 perlawanan giliran Aguero pula menyempurnakan peluang yang dimiliki dengan percubaan menarik kaki kanan menewaskan Kepa Arrixabalaga.

Kesilapan Ross Barkley yang tidak sengaja menanduk bola ke arah Aguero kemudian terus dihukum selang enam minit kemudian, sebelum percubaan rendah Ilkay Gundogan menjadikan kedudukan 4-0.

(Photo by Victoria Haydn/Man City via Getty Images)
Rekod

Aguero melenkapkan hatrik beliau dalam perlawanan ini pada minit ke-56 selepas Cesar Azpilicueta mengasari Sterling. Ia adalah hatrik ke-15 oleh Aguero untui City dan turut menyamai rekod 11 hatrik oleh Alan Shearer di Liga Perdana Inggeris.

Ia juga hatrik kedua secara berturut-turut di Etihad, selepas turut menjaringkan tiga gol ketika membantu City menewaskan Arsenal sebelum ini.

Sterling melengkapkan derita Chelsea pada minit ke-80 perlawanan selepas menyambut hantaran Oleksadr Zinchenko.

Saksikan rangkuman perlawanan seperti di bawah:

Sumber video: Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN