Quantcast

LIGA MALAYSIA

MSL2019: Hadin Azman Sekali Lagi Selamatkan Felda United, Elak Tewas Di Tangan PKNP FC

Kapten Hadin Azman terus menjadi penyelamat Felda United dalam aksi kedua MSL. Sebelum ini Hadin menjaringkan gol untuk mengikat Selangor.

Perlawanan MSL Ahad menyaksikan Felda United berhadapan dengan PKNP FC di Jengka.Kedua-dua pasukan dalam misi mencari kemenangan sulung musim ini.

Norazlan Razali dipaksa bekerja keras oleh PKNP FC yang mencipta beberapa peluang gol. Antara menerusi Fazrul Hazli dan juga Kalidou Yero.

PKNP FC di hadapan menerusi Thomas Abbey yang menanduk deras sepakan percuma Ezannie Salleh pada minit ke-38. Pertahanan Felda United agak ‘ball watching’ membolehkan Abbey melakukan ‘free header’.

Separuh masa pertama menyaksikan PNKP FC jelas pasukan yang lebih baik.

Bersambung babak kedua, Felda United diuji dengan beberapa percubaan lagi. Namun sekali lagi Norazlan Razali beraksi tangkas menafikan percubaan daripada serangan PNKP.

Pada minit ke-62, Yashir Pinto hampir menambah gol untuk PKNP namun percubaan beliau terkena palang gol.

6 minit berselang giliran kapten Felda United menyamakan kedudukan untuk pasukannya. Hadin Azman sekali lagi menjadi watak penting menyelamatkan Felda United daripada kekalahan.

Tiada tambahan gol daripada kedua dua pasukan selepas itu. Perlawanan berakhir 1-1.

Pengendali Felda United Nidzam Jamil mengakui sedikit silap dalam percaturan taktikal beliau pada separuh masa pertama. Dan PKNP FC menurut beliau pasukan lebih baik pada separuh masa pertama.

Namun Nidzam lega masalah itu dapat diperbaiki pada separuh masa kedua dan para pemainnya berjuang sepanjang perlawanan.

Berikut adalah kedudukan Liga Super selepas tamat LS2.