Solskjaer Semakin Hampir Bergelar Pengurus Tetap Man Utd Selepas Pertemuan Dengan Glazer

Terus kekal dengan Solskjaer atau pilih sahaja Pochettino? Itu adalah persoalan terbesar yang menjadi pertanyaan penyokong Manchester United dan pemerhati bola sepak secara global untuk mengisi jawatan pengurus di kelab tersebut melangkaui musim panas ini.

Mahu atau tidak, pengurusan tertinggi di Old Trafford harus membuat keputusan sebelum bermulanya musim hadapan -demi memastikan segala proses termasuk pra musim berjalan lancar- untuk memastikan pasukan lebih bersedia untuk mencabar pada musim hadapan.

Namun adakah Manchester United sudah bersedia untuk membuat keputusan? Jika laporan dari England diambil kira, kelab tersebut mungkin sudah menemukan pengurus yang mereka kehendaki.

(Photo by Chloe Knott – Danehouse/Getty Images)
Solskjaer bawa perubahan

Tidak dapat dinafikan sejak ketibaan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengganti sementara kepada Jose Mourinho pada Disember lalu telah mengubah segala-galanya di Old Trafford. Skuad yang terkenal dengan jolokan nama Red Devils ketinggalan 11 mata di belakang tempat ke-4 liga sebelum Solskjaer mengambil alih.

Hari ini mereka mendapati diri mereka menduduki salah satu slot untuk bertanding di pertandingan UEFA Campions League. Walaupun melakukannya dengan penuh bergaya, tiada jaminan Solskjaer akan kekal, dengan Mauricio Pochettino sering kali turut dikaitkan dengan kelab tersebut.

(Photo by Stu Forster/Getty Images)
Pertemuan dengan Glazer

Beberapa media melaporkan Solskjaer telah mengadakan perjumpaan dengan Joel dan Avram Glazer- yang sanggup terbang dari Amerika Syarikat untuk menyaksikan perlawanan menentang Fulham di Craven Cottage tempoh hari.

Avram Glazer turut kelihatan tempat duduk VIP bersama Ed Woodward. Jim Solbakken, iaitu ejen kepada Solskjaer turut berada bersama di tempat duduk VIP tersebut.

(Photo by Craig Mercer/MB Media/Getty Images)

Avram dikatakan telah megadakan pertemuan dengan Solskjaer di bilik persalinan selepas tamat perlawanan, namun pengurus interim itu enggan mendedahkan butiran lanjut pertemuan tersebut.

“Ya benar, saya telah bercakap kepada Avram. Beliau datang ke bilik persalinan, dan semua pihak gembira dengan kemenangan ini.

“Siapa yang telah temui, dan bila pertemuan dan perbincangan dilakukan, ia bukan perkara untuk saya dedahkan,” sambung Solskjaer lagi kepada wartawan di sidang media selepas perlawanan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN