Quantcast

BERITA

VIDEO: Eden Hazard Geleng Kepala Bila Diminta Kekal Di Chelsea

Tersebar satu video di media sosial menyaksikan aksi Hazard menggelengkan kepala ketika 2 penyokong Chelsea meminta beliau untuk kekal.

Masa depan Eden Hazard bersama Chelsea terus menjadi tanda tanya. Beliau masih belum melanjutkan kontrak beliau untuk kelab tersebut.

Maurizio Sarri sendiri menyatakan kelab sudah berusaha untuk meyakinkan Hazard kekal. Namun mereka tetap akan menghormati apa sahaja keputusan Hazard.

Eden Hazard menjadi sasaran utama Real Madrid untuk menguatkan skuad mereka pada musim hadapan.

Semalam seorang peminat Chelsea memuat naik video mereka terserempak dengan Hazard ketika sedang memandu. 2 orang penyokong Chelsea telah menjerit: “Hazard tolonglah kekal di Chelsea.”

Hazard memberikan respon dengan menggelengkan kepala, ketawa lalu berlalu.

Hazard mungkin sengaja mengusik penyokong tersebut. Ini kerana sebelum ini Eden Hazard masih lagi menyatakan komitmen beliau kepada Chelsea.

Hazard juga memberitahu bahawa beliau mahu membantu Chelsea untuk layak ke UCL dan mahu bermain bersama mereka.

Eden Hazard memang dikenali dengan sikapnya yang suka menyakat.

Namun siapa tahu, Hazard mungkin benar benar mahu pergi?

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!