Pemain Sayap Pasukan Liga Sosial, Ultimate FC Sertai Terengganu FC

Nabil

Impian pemain daripada kelab liga sosial, Ultimate FC iaitu Nabil Ahmad Latpi untuk beraksi secara profesional dalam Liga Super akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau diumumkan sebagai pemain baharu skuad Terengganu FC pada hari ini.

Persembahan cemerlang yang dipamerkan oleh bekas pemain PDRM dan skuad Piala Emas Raja-Raja Kedah ketika mewakili pasukannya menentang Terengganu FC dalam pusingan kedua Shopee Piala FA 2019 ternyata telah berjaya memikat pengendali skuad penyu, Irfan Bakti Abu Salim.

Biarpun kelab amatur daripada Liga M3 tersebut tewas 0-5 kepada pasukan bimbingannya, namun Irfan lebih tertarik dengan aksi Nabil yang disifatkannya mempunyai kualiti untuk beraksi di pentas tertinggi Liga Malaysia.

Sepanjang beraksi dalam saingan Liga M3, Nabil telah menjaringkan 7 gol dan perlawanan menentang Batu Dua FC minggu lepas adalah terakhir baginya bersama skuad The Cops II.

Pengurus Ultimate FC, Puan Yanti Mohd Saref berkata, pihaknya tiada masalah untuk melepaskan tonggak-tonggak utama mereka menyertai kelab profesional demi kebaikan karier pemain itu sendiri.

“Pemergian Nabil memang akan meninggalkan impak besar bagi kami tetapi demi karier lebih cerah dan peluang beraksi di saingan Liga Super kami merelakan dan bersetuju memberikan pelepasan, InshaAllah ketika ini Jurulatih sedang menilai pengganti Nabil untuk saingan seterusnya,” katanya.

Pengenalan Liga M3 yang terdiri daripada pasukan amatur dan semi profesional nampaknya berjaya memberikan impak yang positif dengan banyak bakat baharu tempatan sudah mula menarik perhatian daripada pasukan gergasi tanah air.

Sebelum ini, nama Hariz Irffan Nazri menjadi bualan peminat bola sepak tempatan selepas menjaringkan gol menarik ketika membantu Jerantut FA menewaskan Johor Bahru FA 3-0 pada pusingan kedua Shopee Piala FA 2019.

Malah, Irfan Bakti turut untuk memuji pendekatan pentadbir liga, Malaysian Football League (MFL) yang memperkenalkan format Shopee Piala FA 2019 dengan kemasukan 38 pasukan amatur pada musim 2019.

Ini kerana kemasukan pasukan amatur ini dalam kejohanan Shopee Piala FA 2019 memberikan pertumbuhan positif dan memberikan persaingan sihat dalam kalangan pemain tempatan.

“Namun apa kita dapat lihat kejohanan Shopee Piala FA 2019, kita memiliki lebih banyak pasukan terutama pengenalan pasukan amatur. Ia sudah pasti memberikan satu persaingan sihat kepada pemain-pemain tempatan kita di mana saya percaya ini adalah medan terbaik buat pemain amatur menarik minat pasukan profesional.

“Ini adalah satu senario bagus buat bola sepak tempatan dan saya berharap akan lebih ramai pemain-pemain tempatan berkualiti tinggi terutama daripada pasukan amatur akan membuat penampilan pada Shopee Piala FA 2019 nanti,” katanya.

Apapun, kami di SemuanyaBOLA ingin mengucapkan tahniah kepada Nabil Ahmad Latpi dan mendoakan semoga beliau berjaya mencapai pelbagai kejayaan bersama skuad Terengganu FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN