Video: Saksikan Debut Philippe Coutinho Bantu Barcelona Tewaskan Espanyol

Bintang Brazil, Philippe Coutinho akhirnya melakukan penampilan pertama beliau bersama Barcelona setelah melengkapkan perpindahan daripada Liverpool pada awal Januari.

Bekas perancang tengah The Reds itu menyertai gergasi Catalan tersebut dengan nilai perpindahan £142 juta, yang merupakan rekod perpindahan melibatkan kelab British.

Kemunculan pertama Coutinho bersama Barcelona terpaksa ditunda selepas pemain tersebut tiba di Nou Camp dengan kecederaan.

(Photo by Alex Caparros/Getty Images)

Namun demikian, penantian Coutinho untuk menyarung jersi Blaugrana buat pertama kali dalam perlawanan kompetitif akhirnya direalisasikan pada minit ke-68, dalam perlawanan menentang Espanyol di pertandingan Copa del Rey pada awal pagi tadi.

Pemakai jersi baru No.14 Barcelona itu dibawa masuk untuk menggantikan Andres Iniesta oleh Ernesto Valverde pada pertengahan separuh masa kedua perlawanan, ketika Barcelona sudah mendahului Espanyol dengan jaringan 2-0, hasil jaringan Luis Suarez dan Lionel Messi pada babak pertama perlawanan.

Pemain berusia 25 tahun itu beraksi di sebelah kiri jentera tengan Barcelona, dan kelihatan tidak kekok beraksi bersama pasukan barunya itu.

Malah Coutinho hampir menghasilkan bantuan gol, apabila berjaya meloloskan diri di belakang pertahanan Espanyol selepas menerima hantaran Lionel Messi.

Hantaran cantik Coutinho bagaimanapun, gagal disempurnakan oleh Luis Suarez yang sekadar melakukan percubaan menuju penjaga gol Espanyol, Pau Lopez.

Aksi menarik dari Coutinho dalam perlawanan tersebut menarik reaksi positif penyokong Barcelona dan juga dari pengurus, Ernesto Valverde yang jelas berpuas hati dengan apa yang disaksikannya.

Selepas aksi tersebut, Valverde menyatakan harapan tinggi yang beliau bakal sandarkan terhadap bekas perancang Liverpool itu untuk Barcelona di masa hadapan.

“Kami mempunyai harapan yang tinggi terhadap Coutinho. kehadiran beliau adalah akan membawa perkara positif kepada cara kami bermain.”

“Coutinho boleh membantu pasukan ini untuk memiliki lebih keyakinan dengan kebolehan beliau menewaskan pertahanan lawan.”

“Apabila Coutinho bersama bola dan berada berhampiran di kotak penalti, lawan pasti menyedari ancaman yang boleh dilakukan oleh beliau, dab ia adalah perkara yang baik untuk kami.”

“Coutinho beraksi dengan corak permainan mudah, tetapi saya berpendapat beliau melakukannya dengan baik sekali. Ini adalah perlawanan pertama, dan ia hanyalah permulaan.”

Coutinho adalah pemain yang mampu beraksi di beberapa posisi di bahagian serangan atau pun di bahagian tengah. Ketika khabar angin Barcelona mahukan khidmat pemain tersebut, ramai yang bertanggapan Coutinho adalah bakal pengganti kepada Neymar.

Keputusan Valverde menggantikan Coutinho dengan Andres Iniesta, telah memberi gambaran awal posisi yang bakal diperkuatkan oleh pemain tengah tersebut, dan perancangan Valverde untuk Barcelona pada masa hadapan.

Anda boleh saksikan rangkuman aksi Coutinho melalui pautan video di bawah:

Philippe Coutinho (Debut) vs Espanyol (Home) 17-18 HD 720p (25-01-2018) from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN