VIDEO: Lihat Gadis Bertudung Mainkan Lagu Glory Glory Manchester United Menggunakan Piano

Video pengumuman Alexis Sanchez sebagai pemain baharu Manchester United disifatkan oleh ramai pihak sebagai video yang kreatif.

Bagi penyokong Manchester United, ianya merupakan satu video yang istimewa bukan?

Elemen yang menarik dalam video tersebut dapat dilihat apabila Sanchez bermain piano di dalam video tersebut.

Beliau bermain piano dengan memainkan alunan rentak sorakan masyhur Manchester United iaitu Glory Glory Manchester United.

Kini, ada seorang gadis bertudung telah menjadi tular di Instagram.

Gadis bernama Darleen Zakir telah menjadi tular kerana beliau turut memainkan lagu Glory Glory Manchester United itu di laman Instagram beliau.

Setakat artikel ini ditulis, video beliau memainkan lagu tersebut menggunakan piano dan juga keyboard telah mencapai lebih dari 1 ribu tontonan.

Buat peminat Manchester United, ini untuk anda!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN