Pemain Dynamo Moscow Ini Ditamatkan Kontraknya Kerana Menghadiri Perlawanan Juventus Di Itali

Penyerang Dynamo Moscow iaitu Pavel Pogrebnyak telah ditamatkan kontrak oleh kelabnya itu atau dalam bahasa kerasnya beliau telah dipecat.

Semuanya kerana sikap tidak profesional beliau sepanjang pemain tersebut bergelar pemain kelab Rusia itu.

Tempohari Pogrebnyak telah mencipta kontroversi selepas menghadiri perlawanan Derbi D’Italia melibatkan Juventus dan juga Internazionale di Turin.

Nampak seperti biasa saja bukan? Tapi apa yang buatkan Dynamo Moscow begitu marah dengan tindakan beliau?

Hal ini kerana sewaktu Pogrebnyak menghadiri perlawanan tersebut, kelabnya itu juga turut beraksi pada hari yang sama!

Alasan yang diberikan Pogrebnyak adalah beliau ‘tidak berapa sihat’ dan tidak dapat beraksi.

Sebagai rekod, Pogrebnyak telah terlepas 4 kali perlawanan Dynamo Moscow atas alasan yang sama beliau cipta itu.

Bukan kerana itu sahaja, kontrak Pogrebnyak telah ditamatkan kerana beliau telah melakukan kesalahan ketika beraksi dalam satu perlawanan.

Dalam perlawanan tahunan yang dianjurkan oleh akademi bola sepak Dynamo Moscow, Pogrebnyak telah didapati memakai jersi keluaran Adidas dalam perlawanan tersebut.

Tindakan beliau itu nyata tidak sehaluan dengan pihak kelab. Hal ini kerana, pengeluar bagi jersi Dynamo Moscow adalah jenama Nike.

Apa yang dilakukan beliau itu nyata memberikan reputasi buruk kepada kelabnya.

Salah satu punca kontrak beliau ditamatkan adalah kerana masalah disiplin beliau ketika memandu kereta.

Ia disebabkan Pogrebnyak terkenal dengan isu memandu kereta dalam keadaan mabuk.

Kini beliau telah dilepaskan oleh kelab beliau, dan terpaksa mencari kelab baharu untuk dirinya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN