Giacomo Bonaventura: “Tak Payah Kagum Akan Conte Atau Guardiola, Kekalkan Gattuso”

Pemain tengah AC Milan, Giacomo Bonaventura berpendapat Gennaro Gattuso harus dikekalkan sebagai pengurus di kelab Milan itu, dan tidak ada sebab untuk mereka mengkagumi jurulatih lain yang dianggap berkelas dunia.

Gattuso memenangi dua kejuaraan Serie A dan dua kejuaraan UEFA Champions League (UCL) ketika bergelar pemain, dipilih untuk mengendalikan kelab Milan tersebut untuk menggantikan Vincenzo Montella pada November lalu.

Selepas mencatat keputusan yang kurang memberangsangkan di awal musim ketika di bawah kendalian Montella, Milan kini tidak tewas di dalam 4 perlawanan terakhir kendalian Gattuso.

(Photo by Gabriele Maltinti/Getty Images)

Kelab Rossoneri berkenaan kini menduduki tangga ketujuh Serie A, dan kurang 12 mata untuk berada di kedudukan keempat.

Dua kemenangan berturut-turut yang dicatatkan oleh anak buah kendalian Gattuso baru-baru ini adalah sesuatu yang sukar dibayangkan untuk dicapai pada September lalu.

Keputusan semasa yang dicatatkan oleh Milan membayangkan mereka sudah mulai menemui rentak yang diharapkan sebelum ini.

Ketika ditanya sama ada Gattuso adalah ‘Conte baharu’, Bonaventura yang merupakan tunjang skuad Itali di era Conte memberitahu Premium Sport:

(Photo by Maurizio Lagana/Getty Images)

“Tidak ada jurulatih di dunia yang mempunyai persamaan. Mungkin mereka mempunyai persamaan dari segi intensiti ketika latihan dan dari segi taktik.”

“Tetapi Gattuso tidak perlu merasa kagum atau pun iri hati dengan idea dan kaedah yang digunakan oleh jurulatih lain yang dianggap berkelas dunia.”

“Gattuso ialah seorang jurulatih yang terkenal dengan usaha keras. Beliau tahu selok belok di kelab ini, dan sudah tentu beliau memerlukan beberapa pemain yang bagus, jika kelab memutuskan akan membawa pemain baharu.”

S(Photo by Tullio M. Puglia/Getty Images)

“Gattuso adalah seorang jurulatih yang punyai kesungguhan dan sentiasa mahu menambah baik setiap aspek. Mungkin pihak kelab memikirkan untuk melantik seorang jurulatih berkelas dunia, tetapi Gattuso juga adalah seorang jurulatih yang lengkap.”

“Selain daripada itu, Gattuso ialah seorang pakar motivasi yang bagus di mata pemain.”

Sebelum mengemudi skuad utama AC Milan, Gattuso diberikan peranan untuk mengendalikan skuad muda AC Milan.

Perkara pertama yang dilakukan oleh beliau sejak dilantik sebagai pengurus interim di Milan ialah mengubah sistem bek bertiga yang diamalkan Milan kepada sistem 4 pertahanan, dengan mengandingkan Leonardo Bonucci dengan Mateo Musacchio, sebelum digandingkan pula dengan Alessio Romagnoli.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN