Generasi muda Ajax Amsterdam ada sesuatu untuk dibanggakan. Purata usia para pemain Ajax dalam aksi menentang Juventus adalah 24 tahun.
Selain daripada aksi cemerlang musim ini di domestik, mereka juga sudah menyingkirkan 2 gergasi Eropah di peringkat kalah mati UCL.
Sesuatu yang menarik tentang Ajax adalah, mereka menjadi pusat kepada total football satu ketika dahulu. DNA yang kemudian meresap masuk ke dalam pasukan Belanda dan menjadi asas penting kepada pembentukan bola sepak moden.
Dalam aksi menentang Juventus, para pemain muda Ajax dengan beraninya melakukan binaan serangan daripada bawah dengan konsep free flowing football yang menjadi nadi kepada total football.
Johan Cruyff kemudian membawa DNA tersebut ke Barcelona. Dan ia terus menjadi rujukan kepada Barcelona sehingga ke hari ini walaupun pada variasi yang lain seperti tiki taka.
AJAX AMSTERDAM ❤️🙌🏾, total football, the legacy lives on @JohanCruyff pic.twitter.com/p0Brci423F
— Kabelo Kungwane (@KabeloKungwan) April 16, 2019
Bukan semua pasukan yang digelar ‘underdog’ berani melakukannya berhadapan dengan Juventus. Jom saksikan aksi kurang 30 saat itu di sini:
Total Football. #Ajax pic.twitter.com/Yz1a2A35Cq
— My Greatest 11 (@MyGreatest11) April 16, 2019
Ini hanyalah sebahagian daripada aksi cantik dipamerkan Ajax dalam 2 aksi menentang Juventus.
Ajax bukan sahaja menang dengan cemerlang. Namun mereka memiliki DNA bola sepak yang jelas pada musim ini. Ianya dibentuk dalam beberapa musim sebelum ini.
The new total football. For those that haven’t seen it @AFCAjax #juvaja https://t.co/RsBwp6uMJv
— Mark Petimezas (@NieuwBeerster) April 16, 2019
Namun harus diakui, beberapa pemain penting pasukan Ajax akan meninggalkan pasukan tersebut pada musim hadapan. Jadi, ianya akan membuatkan Ajax perlu membina pasukan yang mantap pada masa akan datang bermula daripada bawah sekali lagi.
Mereka bukan pasukan yang memiliki nama yang terlalu besar. Namun begitu, Ajax berjaya membentuk ‘pasukan’.